DATUK Seri Anwar Ibrahim sedar, tidak melantik Datuk Ahmad Zahid Hamidi, membawa ketidak stabilan pada kerajaan campuran yang beliau terajui.
Pengajaran semasa PM-8 terpaksa meletakkan jawatan kerana gerakan Zahid, demikian juga pembubaran parlimen ke-14 lebih awal daripada sepatutnya, juga kerana Zahid.
Anwar telah memberi isyarat, pemimpin yang berhadapan dengan kes mahkamah boleh dilantik secara substantif, selain dianggap masih tidak bersalah selagi mahkamah belum membuat keputusan bersalah.
Anwar menyedari, perlantikan Zahid, bukan sahaja akan mendapat kritikan dalam negara dan juga luar negara, akan tetapi PM-10 tersebut, memilih kestabilan kerajaan, berbanding kritikan, lagi pun Zahid hanya mengetuai Kementerian yang berkisar dalam negara.
Secara politik, perlantikan Zahid lebih banyak negatif berbanding positif pada parti-parti yang sebahagian kerajaan campuran, dan parti yang terkesan adalah Pakatan Harapan (PH).
Akan terlihat pada 7 Disember, bagai mana reaksi pengundi Parlimen Padang Serai dan Dun Tioman, berkaitan perlantikan Presiden Umno itu sebagai Timbalan Perdana I. Jika calon-calon parti yang sebahagian kerajaan menang, membawa erti, perlantikan Zahid tidak berkesan pada pengundi,jika sebaliknya, maka hanya Anwar tahu jawapannnya.
No comments:
Post a Comment