Monday, November 14, 2022

PERPECAHAN UNDI MEMBERI KELEBIHAN PADA CALON-CALON GRS-BN

APAPUN muslihat parti-parti yang bertanding di Sabah, perpecahan undi memberi kelebihan pada calon-calon GRS-BN, dihampir kesemua kawasan, kecuali 3-4 kawasan, seperti Semporna, Kota Kinabalu dan Sandakan, serta Kinabatangan (hanya membabitkan dua calon).

Kerana kelebihan First Past The Post (FPTP), tiada kawasan yang tidak boleh menangi dua parti itu, termasuk Parlimen Penampang (walaupun berlaku persaingan sengit).

Berbaki 5 hari sebelum hari penentuan, nampaknya GRS-BN kekal dihadapan berbanding Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

Kelebihan calon-calon dua parti ini, kerana mewakili kerajaan negeri, sesuai dengan aspirasi rakyat negeri ini yang berkehendakan mempunyai wakil daripada pentadbiran negeri semasa untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen bagi mengukuhkan kedudukan negeri semasa perbincanga dan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Rakyat Sabah nampak menerusi kerajaan GRS-BN, hak-hak Sabah semakin terealisasi, kerana pendekatan para pemimpin yang bersungguh-sungguh, lebih memilih diam ubi berisi berbanding bersuara lantang seperti tin kosong, sepertimana pendekatan para pemimpin Parti Warisan dan PH, yang rata-rata berlagak serba tahu, serba pandai, tetapi berkesudahan semua kosong.

Kerajaan GRS-BN memerlukan suara kuat menerusi ahli-ahli parlimen, kerana pada mereka ini lah disandarkan suara rakyat Sabah di Dewan Rakyat.

Dari pengamatan penulis, walaupun GRS-BN boleh menang  22 kawasan, tetapi mungkin 2-3 akan terlepas kerana "feud" yang melibatkan para pemimpin tertentu di kawasan-kawasan tertentu.

Apapun, yang pastinya, pada 19 Novmber ini, 1.6 juta pengundi Sabah termasuk pengundi kali pertama dan undi-18 akan menentukan parti mana kah mewakili suara rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive