Tuesday, November 15, 2022

MUNGKIN KAH PADA PRU KE-15 INI ADA BLOK PARTI DI SEMENANJUNG MENANG 100 KERUSI?

MUNGKIN pada PRU ke-15 ini, berulang seperti mana PRU tahun 2004, ada blok parti menang 100 kerusi atau lebih di Semenanjung? Kerana masing-masing blok samada Barisan Nasional (BN),Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), yakin boleh mencapainya.

Apa kah jangkaan masing-masing parti ini akan tercapai?

Barisan Nasional semasa masih dianggotai 13 komponen parti, pernah mengecapinya, dua blok parti lain belum merasainya, terutama PN yang kali pertama menyertai PRU.

BN sangat yakin boleh menang sekurang-kurang 102 kerusi daripada 165 di Semenanjung, dan menang 112 daripada 178 kerusi, termasuk daripada Wilayah Sabah. BN Sabah termasuk WP Labuan, sekurang-kurangnya boleh menyumbang 10 kerusi.

Di pihak PH pula, sekurang-kurangnya perlu menang 104 kerusi di Semenanjung, kerana hanya berpeluang menang di Sabah dan Sarawak 8 kerusi. Manakala PN pula kena menang 105 semuanya di Semenanjung, dengan mengambilkira GRS sebagai sekutu di Sabah.

Menjadi persoalan, boleh kah angka-angka sedemikian tercapai, jika merujuk pada senario politik semasa?

Jika berpandukan pada PRN Melaka dan Johor, dan jika pola pengundian akan kekal, dan peratusan keluar mengundi juga kekal, maka BN mempunyai potensi untuk merealisasikan jumlah kerusi yang menjadi sasaran. Akan tetapi, jika berlaku pola pengundian seperti PRU-14 dan peratusan keluar mengundi juga seperti PRU tersebut, maka kedaaan akan terbuka, tidak semestinya PH dapat mengulangi pencapaian seperti mana PRU tersebut, kerana suasana yang jauh berbeza,kerana pada PRU kali ini, sangat signifikannya pengelibatan undi kali pertama dan undi-18.

Tiada mana-mana pihak yang mempunyai penanda aras, berkaitan pola pengundian, atas sebab itu, banyak penganalisis politik mengambil jalan selamat, menjangkakan, tiada mana-mana blok parti mencapai angka keramat 112, walaupun dicampur dengan rakan sekutu daripada Sabah dan Sarawak, melainkan, untuk maksud membentuk kerajaan, maka perlu penjajaran politik yang sama sekali baharu, kemudiannya perlu sokongan daripada rakan sekutu daripada Sabah dan Sarawak untuk maksud kuasa 2/3.

Penulis berpandangan, taburan kerusi akan sangat dipengaruhi oleh Kerajaan Negeri masing-masing, atas alasan sedemikian lah, mungkin pemerhati politik tanah air, menjangkakan, tiada mana-mana blok menang majoriti mudah, atau dengan kata lain, keputusan PRU kali ini, akan menghasilkan parlimen tergantung.

No comments:

Blog Archive