Tuesday, November 15, 2022

KELEBIHAN APABILA KETUA TIDAK BERTANDING

PADA PRU-15, ini, betul tindakan Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk tidak bertanding, kerana masa yang ada dapat digunakan membantu sebanyak mungkin kawasan untuk membantu calon-calon yang mewakili GRS-BN.

Setakat ini, hanya Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Shafie Apdal, ketua parti masing-masing boleh membantu calon-calon daripada parti masing-masing, manakala yang lain sibuk di kawasan masing-masing, kerana berhadapan saingan sengit daripada pihak lawan.

Presiden PBS dan STAR, sukar berganjak daripada kawasan masing-masing, untuk memastikan mendapat sokongan, kerana pada dua kawasan tersebut, bersituasi setiap undi penting.

Berasaskan mood di lapangan, para pengundi telah pun membuat keputusan, parti atau calon mana yang bakal dipangkah pada 19 November ini,demikian juga pengundi pos dan pengundi awal (pada hari ini 15 November).

Berasaskan perkiraan rambang, daripada 10 pengundi, 4 pengundi memilih calon-calon GRS-BN, manakala baki 6 undi lagi terbahagi sama rata dengan Parti Warisan dan Pakatan Harapan, kecuali di Parlimen Kota Kinabalu, 5 undi untuk PH, Penampang, Sandakan pula 4 undi untuk Parti Warisan. Sementara di Parlimen Semporna, 5 untuk Parti Warisan dan Kinabatangan dan Tuaran, masing-masing 5 dan 6 untuk GRS-BN.

Memang berlaku saingan sengit di beberapa kawasan seperti Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar,Putatan, Kimanis, Keningau, Tenom, Ranau, Batu Sapi, Silam, Tawau dan Kalabakan, akan tetapi GRS-BN mendapat kelebihan sistem First Past The Post (FPTP).

Juga pada PRU kali ini, julung kali PKR tidak menang sebarang kerusi, apabila Parlimen Tawau dan Putatan, bakal dirampas calon GRS-BN.

Hakikatnya, tiada siapa yang dapat meramal dengan tepat keputusan sesebuah pilihan raya, sehinggakan, mana-mana pihak yang membuat jangkaan, dikatakan sebagai “tok bomoh”, tetapi penulis membuat jangkaan berasaskan mood pengundi, dengan pertanyaan rambang, kemudiannya membuat kesimpulan, bahawa mood pengundi secara umum sedemikian.

No comments:

Blog Archive