Monday, November 14, 2022

PASCA PRU-15: BAGI SABAH & SARAWAK -JANGAN AMBIL MUDAH BLOK PARTI BESAR BOLEH BERPAKAT BENTUK KERAJAAN

BAGI pemimpin Sabah dan Sarawak, jangan sangat teroja perpecahan blok parti utama di Semenanjung, sehingga melihatnya sebagai peluang, kerana dalam politik itu tiada yang tidak mungkin.

Memang betul, menjelang 19 November ini, semua blok parti menunjukkan permusuhan luarbiasa, umpama berkerat rotan berpatah arang, akan tetapi, jika TIADA parti yang mendapat majoriti mudah, tiada pilihan, melainkan paling tidak dua blok parti perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan.

Penulis melihat, blok parti yang cepat bekerjasama adalah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), walaupun sebelum ini, Umno komponen BN, dengan garang sekali membuat keputusan No Anwar, No DAP, akan tetapi, keputusan tersebut hanya terhad pada electoral pack berhadapan PRU-15, bukan pasca PRU.

Kemungkinan besar kerjasama dua parti itu, berlaku, kerana Umno melihatnya tidak menggugat parti itu daripada segi agihan kerusi, pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu serta Pulau Pinang. Berbeza dengan kerjasama dengan PN, Umno berhadapan dengan agihan kerusi, atas sebab, samada parti Pas atau Bersatu, bersandar pada kolam yang sama dengan parti itu.

Dilain pihak pula, akan berlaku kerjasama antara PH dan PN, kerana isu yang ada antara dua blok parti itu, hanya berkaitan LANGKAH SHERATON, selain daripada itu, tiada isu besar antara dua blok parti itu, walaupun parti Pas sangat alergi dengan DAP dan Amanah, tetapi semua itu dapat dirungkai,menerusi pendekatan, BERSETUJU MENERIMA PERBEZAAN, UNTUK MERAI PERSAMAAN.

AKAN tetapi, jika menggunapakai PERPADUAN UMMAH dan MUAFAKAT NASIONAL, maka kerjasama antara BN, PN, GPS DAN GRS akan berlaku.

Memang setakat ini, semua blok parti hanya fokus dengan sokongan GPS dan GRS-BN Sabah untuk mengwujudkan kerajaan stabil, atas sebab semua blok parti tersebut yakin menang 112 kerusi secara bersendirian, walaupun berbagai dapatan, tiada mana-mana blok parti boleh mencapai majoriti mudah.

Pada hakikatnya memang betul, tiada mana-mana pihak yang boleh meramalkan dengan tepat, pencapaian masing-masing, kerana senario PRU kali ini amat berbeza dengan PRN Melaka dan Johor, selain pengelibatan ramai pengundi kali pertama, juga pengelibatan undi-18.

Selain itu, berbagai isu yang menyelebungi semua parti, baik dalaman mahupun luaran, selain rekod masing-masing, kerana antara tiga blok parti itu, mempunyai rekod sendiri di mata pengundi.

Pendek kata, hanya 21 juta pengundi negara ini menentukan untung nasib setiap parti pada 19 November ini.

Apa yang pasti, visi Sabah dan Sarawak menjadi suara kuat di Parlimen boleh menjadi kenyataan,akan tetapi tidak semestinya SUARA kuat dalam KERAJAAN, jika berlaku kerjasama antara dua blok parti di Semenanjung... Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive