Monday, November 14, 2022

PARLIMEN SUNGAI BULOH LEBIH SELAMAT BAGI KJ BERBANDING TAMPIN ATAU PORT DICKSON-TOKMAT

PARLIMEN Sungai Buloh kali terakhir dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU tahun 2004, selepas itu parlimen tersebut menjadi kawasan hitam bagi BN.

Pada PRU-14, parlimen tersebut kekal dipertahankan calon PKR dengan majoriti 26,634 undi apabila mendapat undi 43,631 mengalahkan calon PAS dan MIC/BN yang masing-masing mendapat undi 16,997 dan 16,681.

Sebagai perbandingan, Parlimen Tampin, hanya kali pertama dimenangi Pakatan Harapan (PH) melalui parti Amanah pada PRU-14, dengan majoriti 1,002 undi apabila mendapat undi 22,435 mengalahkan penyandang daripada BN yang mendapat undi 21,433.

Sementara parlimen Port Dickson, serupa dengan Parlimen Sungai Buloh, kali terakhir dimenangi BN menerusi MIC pada tahun 2004.

Parlimen Sungai Buloh dan Port Dickson secara tradisi ditandingi MIC mewakili BN.

Parlimen Tampin, 63% pengundi adalah kaum melayu, manakala Port Dickson dan Sungai Buloh pengundi melayu masing-masing 43% dan 66%.

Jika dilihat daripada segi peratusan pengundi melayu, memang betul, apa yang dikatakan Timbalan Presiden Umno- Datuk Seri Mohamad Hassan (TOKMAT), bahawa Parlimen Sungai Buloh lebih selamat berbanding Parlimen Tampin dan Port Dickson.

Sebagai tambahan, rasional meletakkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) di parlimen tersebut, kerana sekian lama, pengundi parlimen tersebut berkehendakkan calon melayu daripada BN, bukan calon melayu daripada parti-parti lain, sebabnya, PKR dan PAS pernah meletakkan calon melayu akan tetapi gagal merampas parlimen tersebut.

Mengikut rasional TOKMAT, jika BN meletakkan calon melayu, maka boleh merampas parlimen tersebut daripada PH/PKR yang kekal meletakan calon kaum India, kerana terbukti, apabila parti itu meletakkan calon daripada kaum itu melawan calon BN daripada kaum yang sama, maka pemenang adalah calon PKR.

Pada PRU kali ini, daripada 7 calon yang bertanding, hanya calon PH/PKR daripada kaum india, manakala yang lain semuanya calon melayu, termasuk calon bebas.

Parlimen Sungai Buloh salah satu kawasan parlimen teramai pengundi,kerana pada PRU kali ini, seramai 160,000 berbanding PRU-14, 90,707 pengundi akan menentukan nasib KJ.

No comments:

Blog Archive