Sunday, November 13, 2022

PASTIKAN GRS-BN SEBAHAGIAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PASTIKAN GRS-BN dapat menyumbang sebanyak mungkin kerusi pada parti yang boleh membentuk kerajaan Persekutuan pada 20 November ini.

Dua parti itu yang bertanding seluruh kawasan parlimen yang tersedia bagi Wilayah Sabah, bertembung dengan Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH). Antara dua parti saingan tersebut, hanya PH yang ada potensi membentuk kerajaan, manakala Warisan, sangat bergantung pada giliran, apa kah diperlukan ataupun tidak, atas sebab, parti itu tiada kemungkinan boleh membentuk kerajaan, kerana tidak mempunyai kerusi yang mencukupi.

Pada hakikatnya, kehadiran Parti Warisan, hanya mempergunakan rakyat, sebagai barang dagangan, kerana kerusi yang mereka menangi akan dijadikan alat tawar menawar untuk mendapatkan habuan kedudukan atau inkind, untuk kepentingan para pemimpin mereka, bukan untuk kepentingan rakyat.

Berbeza dengan GRS-BN yang mempunyai jambatan kukuh dengan blok parti yang mempunyai potensi besar membentuk Kerajaan Persekutuan, tidak perlu menunggu giliran, kerana merupakan sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan.

Rakyat Sabah perlu menyokong calon-calon GRS-BN, kerana para calon tersebut mewakili Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan GRS-BN.

Ada lah merugikan rakyat, jika memberi undi pada parti-parti lain yang berlawanan dengan parti yang memerintah negeri, kerana jika ianya berlaku, maka suara rakyat Sabah akan terbantut di peringkat nasional, kerana tidak mewakili kerajaan negeri.

Sabah memerlukan satu suara, samada di peringkat Negeri dan Persekutuan, untuk memastikan visi #sabahfirst SENTIASA menjadi keutamaan.

Percaya lah politik Sabah akan dipandang tinggi, jika menjadi blok kuat, yang diterjemahkan menerusi kerusi yang banyak di Dewan Rakyat.

Penulis berpandangan, dengan memberi kemenangan pada calon-calon GRS-BN, hak-hak Sabah, samada menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), juga hak-hak lain, bukan sahaja direalisasikan, akan tetapi terus menuntut apa yang belum dilaksanakan.

Tersangat jelas, apabila rakyat Sabah memberi mandat pada GRS-BN pada PRN-16 Sabah September 2020, rakyat Sabah bukan sahaja terbela, akan tetapi hak-hak Sabah daripada Kerajaan Persekutuan, terus mengalir masuk, dan akan berterusan, jika GRS-BN terus kekal sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan pada 20 November nanti.

Pada rakyat Sabah, jangan sesekali sia-siakan peluang, jangan terpengaruh dengan suara-suara sumbang, termasuk janji-janji bulan bintang, untuk menghindar, YANG DIGENDONG BERCICIRAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT.

No comments:

Blog Archive