Sunday, November 13, 2022

BLOK-BLOK PARTI MASING-MASING YAKIN MENCAPAI SASARAN 112 KERUSI

APABILA semua blok parti politik yakin mencapai sasaran 112 kerusi daripada 222, menunjukkan, TIADA mana-mana pihak mendapat clue signifikan ke arah mana 21 juta pengundi negara ini memberikan undi mereka.

Walaupun masing-masing parti berkeyakinan mencapai majoriti mudah, akan tetapi kenyataan-kenyataan, bahawa masing-masing juga terbuka kerjasama dengan parti-parti lain untuk bekerjasama selepas PRU ini, menggambarkan, bahawa angka 112, sukar untuk dicapai secara bersendirian.

Meskipun ada kesanggupan bekerjasama, pada masa sama, masing-masing blok cuba mengasingkan diri masing-masing, dengan kenyataan-kenyataan tiada kerjasama rentas parti, matlamatnya, untuk meletakkan pengundi pada kedudukan, mesti menyokong parti mereka, jika pengundi tidak mahu parti lain berpeluang membentuk kerajaan.

Contoh paling ketara, Barisan Nasional (BN) yakin menang 112 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi, dan mahu sokongan GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan yang kuat. Manakala PH yakin secara solo menang, dan jika parti lain ingin menyokong untuk tujuan kerajaan kuat dan stabil, maka dialu-alukan. Demikian juga PN, berkeyakinan mendapat 112 kerusi, dan seterusnya kerjasama dengan Sabah dan Sarawak secana enblok, untuk mengwujudkan kerajaan kuat dan stabil, bagi 3 Wilayah.

Di lain pihak timbul kemungkinan, akan ada kerjasama antara dua blok parti besar, dan hanya memerlukan GPS dan GRS untuk tujuan kuasa 2/3.

Cakap-cakap no parti ini, no pemimpin ini, hanya cakap-cakap politik, semua itu, dengan sendirinya terbatal, apabila bersepakat, untuk satu tujuan. Apabila bersepakat untuk satu matlamat, bukan sahaja ludah akan tetapi kahak sendiri juga akan ditelan.

PRU kali ini,memang cukup mencabar dan sukar diduga atau dijangka, kerana semakin berpecahnya undi, selain kehadiran undi pertama kali yang signifikan ramainya.

Memang ada kajian-kajian, yang mengatakan, di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu di atas 70%, jika hanya jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti mana PRU-14, akan memberi kelebihan pada parti Pas dan sekutunya, kerana bersandarkan pada kecenderungan swing votes daripada PH dan BN ke arah parti itu. Kajian seperti itu juga membawa erti, jika peratusan keluar mengundi rendah, maka dengan sendirinya pengundi tradsional atau matang menjadi penentu.

Kebarangkanlian, peratusan keluar mengundi rendah, kerana ancaman hujan atau banjir, kerana METMALAYISA, sudah mengeluarkan jangkaan, akan berlaku hujan lebat boleh menyebabkan banjir mulai minggu depan sehingga ke hari pengundian.

No comments:

Blog Archive