Sunday, November 06, 2022

PARLIMEN PENSIANGAN PERTEMBUNGAN 5 PENJURU PELUANG CERAH BAGI CALON GRS-BN

55,453 pengundi Parlimen Pensiangan akan menentukan nasib 5 calon daripada GRS-BN, Warisan, PH, Pejuang dan KDM. 

Daripada 5 calon, hanya calon GRS-BN calon lama, iaitu Timbalan Presiden PBRS  selaku penyandang kerusi tersebut.

Di atas kertas, kawasan parlimen tersebut berpihak pada GRS-BN, memandangkan ke-tiga DUN bagi parlimen tersebut Dun Tulid, Sook dan Nabawan diwakili wakil rakyat GRS. 

Selain itu, salah seorang wakil tersebut, iaitu ADUN Sook yang kini bersama STAR salah satu komponen GRS, adalah mantan pemimpin PBRS.

Dijangka kemenangan pada calon GRS-BN, walaupun berhadapan saingan daripada parti-parti lain, selain rekod pada PRN-16 Sabah, juga kesan perpecahan undi.

Dalam pertembungan berbagai penjuru begini, sudah dijangka, parti yang menerajui kerajaan negeri akan keluar sebagai pemenang, lagi pun pengelibatan secara serius para ADUN membantu kempen, sudah tentu dapat menjamin kemenangan.

Kerusi Parlimen Pensiangan adalah sebahagian kerusi yang diramalkan dimenangi GRS-BN pada PRU ke-15 ini.

No comments:

Blog Archive