Sunday, November 06, 2022

PARLIMEN KINABATANGAN: DATUK BUNG MOKTAR HAMPIR MENANG TANPA TANDING

JIKA tidak adanya calon "cover" daripada Parti Warisan, calon GRS-BN bagi Parlimen Kinabatangan- Datuk Bung Moktar Radin sudah menang tanpa tanding, kerana tiada calon lain yang mendaftar diri bertanding selain daripada Parti Warisan.

Calon Warisan yang diumumkan sebelum ini Datuk Ismail Ayob, tidak melepasi tapisan teknikal SPR.

Tempat Ismail digantikan oleh Mazliwati Abdul Malek Chua.

Bung adalah wakil rakyat Kinabatangan berpenggal-penggal, termasuk menang pada PRU-14 dengan majoriti lebih 9 ribu undi.

Bung juga adalah ADUN Lamag salah satu DUN bagi Parlimen Kinabatangan yang dimenangi pada PRN-16 Sabah pada tahun 2020.

Pada PRU kali ini 44,564 pengundi berbanding tahun 2018- 28,730 akan menentukan calon mana mewakili parlimen tersebut.

Di atas kertas, selain rekod Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah itu  mempunyai laluan mudah untuk menang.

No comments:

Blog Archive