40,652 pengundi Parlimen Kimanis pada PRU kali ini sebahagian besarnya menentukan keputusan mereka berpandukan pada personaliti calon berbanding parti yang diwakili.
Antara 5 calon, dua calon termasuk kelas berat adalah Datuk Dr Daud Yusof mewakili Parti Warisan dan Datuk Mohamad Alamin mewakili GRS-BN.
Walaupun Daud salah satu calon “heavyweight” akan tetapi “lone ranger” di kawasan tersebut, berbanding Mohammad yang dibantu ADUN Membakut- Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Parlimen Kimanis terdiri daripada Dun- Bongawan yang diwakili Daud dan Membakut yang diwakili Dr Arifin.
Profile Dr Daud, termasuk mengalahkan calon GRS-BN tersebut pada PRU-14.
Pada PRN-16 Sabah, jika digabungkan undi GRS dan BN, menunjukkan, Mohammad mempunyai peluang lebih berbanding Daud, akan tetapi senario PRU kali ini, amat berbeza, selain adanya tambahan pengundi baharu lebih 11 ribu boleh menjadi punca pada keputusan yang berbeza.
Jika berdasarkan tinjauan rawak, untuk sementara, peluang dua calon “kelas berat” tersebut adalah 50:50, dan calon yang bakal muncul sebagai pemenang, bergantung sejauh mana berkesannya kempen masing-masing.
Antara Daud dan Mohammad, kedua-duanya diterima, disukai, oleh penduduk setempat, mereka hanya akan dibezakan oleh parti masing-masing.
Jika pengundi kawasan tersebut boleh memilih kedua-keduanya, maka kedua-duanya disokong, akan tetapi, pengundi terpaksa membuat pilihan, pilihan mereka adalah calon yang terbaik bagi mereka, dan calon tersebut boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.
Pada ketika ini, Mohamad adalah Timbalan Menteri pada kerajaan “caretaker” dan jika parti yang diwakili kekal sebagai kerajaan, kemungkinan besar akan kekal pada jawatan atau naik pangkat, sebagai menteri.
Berbeza dengan Daud, kebarangkalian tinggi parti yang diwakili, hanya menjadi parti pembangkang, maka tidak dapat membawa banyak kemajuan atau pembelaan pada penduduk parlimen tersebut.
Faktor-faktor ini lah yang menjadi pertimbangan pengundi parlimen tersebut pada 19 November ini.
No comments:
Post a Comment