MEMANG tiada mana-mana pihak daripada GRS mahupun BN pernah menyatakan secara terbuka, sasaran dua parti itu pada PRU kali ini adalah 22 kerusi, akan tetapi melihat keterojaan merebut kawasan-kawasan tertentu untuk ditandingi, selain mencalonkan pemimpin tertentu pada kawasan-kawasan tertentu memberi gambaran, bahawa sasaran kerusi adalah sedemikian.
Apa kah sasaran tersebut tercapai? Berikut ulasan penulis.
KADANGKALA berundur setapak ke belakang itu tidak bermakna mengalah, akan tetapi mengatur langkah kemas untuk menang.
Pada PRU ke-15 ini, jika GRS-BN tidak boleh menang 22 kerusi, bukan kerana parti lawan kuat, akan tetapi kesilapan mengatur strategi terutama agihan kerusi dan pemilihan calon.
Kesilapan agihan kerusi dan pemilihan calon, umpama menang sorak kampung tergadai, akhirnya semuanya rugi, kerana kehilangan peluang yang terbuka atas sebab kesilapan sendiri, atas sebab ego masing-masing,maka tidak sanggup undur ke belakang memberi peluang yang lebih baik maju ke hadapan.
Bagi pandangan penulis, data mutakhir yang dijadikan panduan dalam konteks Sabah adalah keputusan PRN-16 Sabah. Menerusi keputusan tersebut, telah menidakkan sebahagian kawasan “tradisi” sebaliknya, berpandukan pada kecenderungan baharu rakyat Sabah.
Para pemimpin tidak mengambil iktibar sejarah perjalanan politik Sabah, mana-mana parti yang inginkan sokongan rakyat, perlu mengikut rentak, bukan sebaliknya.
Penulis melihat kaedah agihan kerusi dan calon-calon yang diketengahkan, bukan mengikut kecenderungan rakyat, akan tetapi sebaliknya. Masing-masing parti memaksa rakyat mengikut rentak pemimpin.
Mungkin penulis tersalah melihat, tersalah membaca, percaturan dan pendekatan yang dilakukan antara GRS-BN, akan tetapi penulis melihatnya daripada kaca mata rakyat atau pengundi, yang menjadi pengadil pada PRU kali ini.
Penulis memberi pandangan secara umum, not in favour with particular party, tetapi hanya berpandukan pada perjalanan politik Sabah, kecenderungan rakyat Sabah pada dekad-dekad atau tempoh masa tertentu.
Tidak dinafikan kerjasama,agihan, pemilihan calon antara GRS-BN tidak sepenuhnya silap,akan tetapi ada kecacatan sedikit, kerana kecatatan sendikit itu lah mungkin menjadi nila.
Bagaimana pun, pujian patut diberikan pada pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, pujian diberikan bukan kerana kedudukan sebagai Ketua Menteri, akan tetapi pujian diberikan kerana KESANGGUPAN menguburkan ego, sanggup berkompromi,bukan sahaja dalam GRS itu sendiri akan tetapi dengan BN. Tindakan tersebut, benar-benar menggunapakai pendekatan menang-menang, akan tetapi sayang, tidak mengena dengan aspirasi rakyat, walaupun bukan secara keseluruhan akan tetapi hanya di beberapa kawasan.
Penulis sendiri mengharapkan, pandangan penulis ini silap atau salah. Jika ianya berlaku, membawa ertinya aspirasi rakyat Sabah terhadap politik memang benar-benar telah berubah. Perubahan tersebut kerana mungkin berubahnya komposisi pengundi, yang mana pengundi matang semakin berkurang kerana diambil alih pengundi baharu.
Pun demikian secara umumnya, sehingga ke hari ini, masih berlaku persaingan sengit antara calon-calon GRS-BN dan Parti Warisan, bukannya dengan PH, walaupun di Semenanjung, macam-macam laporan memilih Pakatan Harapan (PH).
No comments:
Post a Comment