KALI pertama manifestio pilihan raya di negara ini memberi sasaran, mensifarkan kemiskinan mutlak lebih rendah kelasnya berbanding miskin tegar, apabila jaminan diberikan setiap Ketua isu rumah di negara ini mempunyai pendapatan minimum, RM2,208 sebulan. Maknanya, setiap KIR yang berpendapatan kurang daripada amaun tersebut akan di “top-Up” secara bulanan dan dikreditkan secara outmatik ke akaun penerima.
Manifesto ini lah yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) pada 21 juta pengundi negara ini pada PRU ke-15 ini.
Manifesto membabitkan kewangan yang cukup besar ini, mungkin menjadi faktor penarik pada pengundi tradisonal atau pengundi matang, yang tergolong berpendapatan kurang daripada amaun yang ditawarkan.
BN sudah memperkirakan tawaran menerusi manifesto ini, akan mendapat reaksi positif bagi golongan B40, kerana golongan ini lah yang amat memerlukan tambahan pendapatan; dan melihat manifesto seperti ini, adalah penyelesaian jangka pendek bagi masalah yang sedang dihadapi, iaitu sara hidup.
Janji lain yang juga berkaitan golongan ini, adalah pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
No comments:
Post a Comment