Tuesday, November 08, 2022

PRU PARLIMEN SABAH- KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN

JIKA berpandukan pada PRN-16 Sabah, peratusan undi GRS-BN tidak berpecah, akan tetapi Parti Warisan akan berlaku perpecahan undi, atas sebab tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan UPKO.

Tidak dinafikan akan berlaku cross party votes, daripada GRS-BN ke parti-parti lain atau sebaliknya ,akan tetapi tidak sebesar cross votes antara parti Warisan dan PH.

Pola pengundian yang akan berlaku ini, lebih banyak memberi kelebihan pada GRS-BN, berbanding Parti Warisan mahupun PH.

Dijangka PH banyak kehilangan kerusi di Sabah pada PRU kali ini ,walaupun di Semenanjung, banyak pihak menjangkakan parti itu lebih banyak menang kerusi berbanding BN dan PN.

Di Sabah, komponen PH yang kosong kerusi adalah UPKO, manakala PKR dan DAP dijangka menang masing-masing satu kerusi.

Antara parti Warisan dan GRS-BN, masing-masing ada induk kawasan, BN-Kinabatangan, GRS-Tuaran dan Parti Warisan-Semporna. Sementara di 20 kawasan lain, dalam keadaan sengit antara calon-calon GRS dan Parti Warisan.

Di atas kertas kerana impak perpecahan undi dan juga sistem First Past The Post, daripada 20 kawasan tersebut, 14 kawasan GRS-BN berpeluang lebih baik berbanding Parti warisan, manakala 6 kawasan lain berkeadaan 50:50.

Penulis yakin, masing-masing parti telah maklum, potensi parti masing-masing dan sudah tentu meningkatkan tempo kempen di kawasan-kawasan berpontesi dimenangi.

No comments:

Blog Archive