Tuesday, November 08, 2022

MANIFESTO BN SESUAI DENGAN ASPIRASI RAKYAT

MEMBACA manifesto Barisan Nasional (BN) untuk PRU ke-15 ini adalah untuk mengatasi masalah semasa yang dihadapi rakyat, terutama berkaitan sara hidup.

MEREKA yang paling gembira apabila membaca MANIFESTO barisan nasional (BN) pada PRU-15 ini, adalah ketua isi rumah (KIR) yang berpendapatan kosong atau di bawah garis kemiskinan, kerana mulai tahun depan, kumpulan ini dijamin mempunyai pendapatan bulanan RM2,208 sebulan.

Golongan ini, yang kebanyakkannya tinggal di luar bandar, dan kebetulan majoritinya kaum melayu/bumiputera, sudah tentu terbela menerusi manifesto ini.

Bukan itu sahaja, anak-anak mereka dijamin proses pembelajarannya hingga ke menara gading, dengan percuma. Tujuan pendekatan ini, agar majoriti rakyat ini menjadi penyumbang pada modal insan negara.

Pendekatan seumpama ini, sepatutnya telah lama dijadikan polisi, kerana menerusi pembangunan modal insan sahaja, dalam jangka panjang jurang pendapatan antara rakyat negara boleh dipersempit.

Jika pada era Wawasan 2020, pendekatan ini, telah dipilih, ketidak sama rataan pendapatan rakyat negara ini, sehingga terwujud istilah B40, M40 dan T20, tidak akan terwujud.

Banyak lagi kebijaksanaan yang ditawarkan untuk rakyat negara ini, dan dapati DIIKUTI dalam MANIFESTO BN DISINI

No comments:

Blog Archive