Friday, November 25, 2022

BLOK BORNEO BERSAMA KERAJAAN PERPADUAN

ADALAH satu fakta bersejarah bagi politik negara ini, Kerajaan Persekutuan, mendapat sokongan 100% daripada Blok Borneo, apabila kesemua 55 ahli parlimen  menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan.

Di Semenanjung, untuk sementara daripada 165 ahli parlimen, 93 menyokong Kerajaan Perpaduan, dan mungkin akan bertambah lagi, jika Perikatan Nasional/Pas menyusul kemudian. Jika, berlaku, maka lembaran sejarah tercipta, bahawa di negara ini, tiada lagi parti pembangkang.

Bagi rakyat, perdamaian antara blok parti-parti politik, adalah sesuatu tindakan yang amat terpuji, kerana melaluinya, rakyat secara keseluruhan terbela, dan seterusnya negara.

Peseteruan antara pemimpin terutama pemimpin politik adalah faktor yang “memandekkan” kemajuan dan pembangunan negara, juga memperlambatkan mensejahterakan rakyat.

Jika kerajaan Perpaduan ini berjaya, bukan sahaja melakar sejarah, akan tetapi, boleh mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.

Petanda bahawa Kerajaan Perpaduan ini mendapat sokongan dunia perniagaan, apabila indeks bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi pada Khamis, selain itu, ringgit mengukuh terhadap dollar Amerika.

Tiada yang dapat membantu rakyat, hanya menerusi ekonomi yang kuat,kerana menerusinya, maka semua pihak mendapat peluang. Apa tah lagi, jika pentadbiran/pengurusan mengamalkan keterbukaan, sehingga menghadkan ketirisan (jikapun tidak sifar).

Lima tahun, adalah masa-masa yang sangat kritikal bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membuktikan penantian 24 tahun untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, yang mana pada peringkat pertama telahpun melakar sejarah, apabila mendapat sokongan 100% daripada Wilayah Sabah dan Sarawak.

Memang harapan tinggi diletakkan pada Perdana Menteri berusia 75 tahun tersebut, setidak-tidaknya untuk penggal ini, yang terpaksa berhadapan dengan ekonomi global yang tidak menentu, kesan pandemik Covid-19, dan krisis Ukrine-Russia.

Keutamaan, Perdana Menteri, adalah untuk memastikan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dapat menyediakan makanan di atas meja untuk keperluan keluarga masing-masing. Perdana Menteri itu, perlu mempertimbangkan manifesto BN, berkaitan bayaran KIR minima RN2,208 setiap bulan, selain manifesti PH untuk tujuan saling melengkapi, sesuai dengan semangat KERAJAAN PERPADUAN.

No comments:

Blog Archive