Friday, November 25, 2022

KERAJAAN PERPADUAN ADA SOKONGAN 2/3 AHLI PARLIMEN

SELEPAS Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 (PM-10), maka dengan sendirinya semua ahli parlimen yang menyokong mewakili parti masing-masing, menerusi Undang-Undang Anti-Lompat, selepas itu seluruhnya dikira sebagai menyokong, termasuk mereka yang berkecuali semasa penamaan PM-10.

Parti-parti yang menyokong kerajaan perpaduan selain Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi; Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 6 kerusi, Parti Warisan dengan 3 kerusi, Bebas 2 kerusi, dan masing-masing KDM dan PBM satu kerusi, keseluruhannya berjumlah 148 (jumlah ini adalah kuasa 2/3 daripada 222 kerusi parlimen).

Keputusan PRU-15, bukan sahaja menjadi Game Changer politik Tanah Air,akan tetapi telah mengwujudkan kerajaan STABIL DAN KUAT.

Ramalan penulis sebelum ini, dengan kehadiran signifikannya undi kali pertama dan undi-18, akan menjadi game changer politik tanah air, selain akan berlaku penjajaran parti-parti politik yang sama sekali baharu kesan parlimen tergantung terbukti menjadi kenyataan.

Oleh kerana keputusan PRU-15, pertama kali berlaku dalam sistem demokrasi negara, maka memerlukan 5 hari untuk merungkainya, sehinggakan dalam proses pemimilihan PM-10, pihak PDRM melakasanakan “Omnipresence” seluruh negara. Suasana ini dengan sendirinya akan menjadi sebahagian lembaran sejarah negara.

Dalam proses sokong menyokong, kita sama-sama menjadi saksi, di antara para pemimpin, yang berkepala dingin (kesabaran tertinggi) dan mereka yang beremosi (mereka yang beremosi sehingga tergamak menembak teman sendiri).

Kini, selepas ketegangan sudah berlalu, Perdana Menteri menyatakan, perkara pertama yang perlu dilakukan kerajaan pada sidang Pertama Parlimen Penggal ke-15, adalah UNDI PERCAYA. Terima kasih pada ahli-ahli parlimen Penggal ke-14, kerana meluluskan RUU Anti-Lompat, kerana menerusi undang-undang tersebut, tidak lagi berlaku “cross the floor”, jika berlaku, maka dengan sendirinya wakil rakyat tersebut kehilangan kerusi, dan perlu diadakan pilihan raya kecil (PRK) untuk mengisi kerusi tersebut.’

Akan dilihat menerusi KERAJAAN PERPADUAN ini, apa kah pendekatan Perdana Menteri ke-10, berkaitan fenomena menukar kerajaan di perngkat negeri, seperti mana berlaku sebelum ini, kerana jika masih lagi berlaku, maka IKLUSIVITI, tiang Titah YDP Agong yang juga menjadi pendekatan PM-10, seperti mana yang beliau nyatakan sebelum dilantik, dengan sendirinya tercalar atau tidak dipatuhi, yang membawa kepada pengertian bahawa ketegasan Perdana Menteri dipersoal.

No comments:

Blog Archive