Wednesday, October 19, 2022

SEBAGAI BLOGGER KEKAL MEMBERI PANDANGAN SEMPENA PRU INI

SEBAGAI blogger yang juga pengundi adalah satu kepuasan luarbiasa, apabila dapat berkongsi pandangan, pendapat dengan mereka yang membaca (jika ada).

Kerana minat penulis berkaitan politik tanah air, maka penulis mengikuti perkembangan politik tanah air setiap waktu, kemudiannya mentafsir senario yang berlaku daripada sudut pandang sendiri.

Sempena PRU-15 ini, penulis juga akan terus berkongsi pandangan, pendapat, malah termasuk ramalan dengan menganalisis isu-isu semasa, samada tindak tanduk parti-parti politik berserta pemimpinnya, juga berkaitan sikap pengundi atau rakyat.

Kadangkala, rumusan penulis ada yang ke kiri, tengah dan ke kanan, yang dikaitkan dengan pemimpin atau parti, sehinggakan ada pihak kurang senang, ada yang senang, malah ada yang memuji setinggi langit.

Bertahannya penulis sebagai blogger, sudah lebih sedekad, bukan kerana apa, kerana keterojaan penulis, bahawa ada juga mereka yang sudi berkongsi hasil tulisan penulis termasuk memviralkannya, ada juga memetik dan memuat naik pada portal atas talian masing-masing.

Bukan itu sahaja, kepuashatian penulis, kerana dapat menyampaikan kepada pembaca, berkaitan pemerintahan, berkaitan kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan, termasuk juga para individu/pemimpin yang berfungsi sebagai enjin atau kunci kepada pencapaian atau terealisasinya perkhidmatan untuk rakyat secara umum.

Sebagai blogger, bukan lah wartawan, bukan juga pengananalisis, tetapi bagaikan rojak, kerana apa yang ditulis, adalah dari sudut pandang sendiri, berasaskan pada fakta sebenar yang telah berlaku, dianalisa,kemudian dilaporkan dalam bentuk tulisan yang berbutiran tafsiran, ramalan, malah amaran.

Esok selepas sahaja SPR mengumumkan tarikh PRU-15, penulis akan cuba memberi pandangan termasuk ramalan keputusan berkaitan PRU kali ini.

No comments:

Blog Archive