KETEROJAAN meraikan pesta demokrasi terbesar negara sempena PRU-15 yang bakal diumumkan esok (Khamis) oleh SPR berbagai strategi dilakukan parti-parti politik termasuk bakal-bakal calon.
Untuk tujuan menaikkan semangat- Perdana Menteri yang mewakili Barisan Nasional (BN) mensasarkan 112 kerusi agar parti itu dapat membentuk kerajaan. Selain itu, Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, yakin di Perak, parti itu menang sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen, manakala di Kedah pula Umno negeri itu bersama BN yakin menang 8 kerusi.
Di Sabah pula, negeri penulis, hanya Parti Warisan yang telah mengumumkan bertanding semua 25 kawasan dan telahpun mengumumkan tiga calon setakat ini, iaitu calon bagi Beaufort, Kimanis dan Papar. Sementara itu, GRS-BN yang sudah tentunya, akan juga bertanding semua kawasan, masih belum memuktamadkan agihan kerusi, walaupun didesaskan pembahagian akan seimbang, dan satu kawasan dijadikan kawasan anak bulan.
Di Sabah, seperti juga di Semenanjung, pertembungan 3 penjuru atau lebih akan berlaku. Apa yang pasti, pertembungan antara calon-calon GRS/BN dengan Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) akan berlaku di semua kawasan.
Sedikit goncangan dalam cawan berlaku pada GRS menjelang PRU kali ini, apabila ADUN Bersatu Bandau keluar daripada parti, hanya kerana tidak dibenarkan bertanding bagi Parlimen Kota Marudu. Ekoran kocakan tersebut, dikaitkan nama-nama ADUN lain antaranya ADUN Kuamut, Kemabong, Pitas dan Nabawan, kononnya akan keluar parti, untuk mendorong DUN Sabah dibubarkan.
Menjelang PRU kali ini, pemimpin yang kelihatan sangat menjadi calon selain Datuk Wetrom Bahanda, juga Ketua Bahagian Umno Tuaran yang juga MKT Umno- Datuk Rahman Dahalan yang berhasrat bertanding semula dan mensasarkan Parlimen Kota Belud. Ekoran keterojaan mantan MP Kota Belud tersebut, Presiden Usno, salah satu komponen GRS membuat kenyataan, Parlimen Kota Belud tidak perlu calon daripada kawasan lain, kerana Kota Belud tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon.
Bagi Parlimen Kota Belud, jika kerjasama antara GRS-BN tidak patah ditengah jalan, akan memberi laluan pada Umno/BN, dan pemimpin yang mendekati dijadikan ayam tambatan dan untuk menebus semula kekalahan pada PRU-14 adalah ADUN Usukan- Datuk Dr Salleh Tun Said.
Di kawasan-kawasan lain pula, belum ada tanda-tanda siapa-siapa yang bakal bertanding, kecuali para penyandang, walaupun mungkin ada perubahan di saat-saat akhir.
Pada PRU kali ini, agar sukar meramal parti mana yang diberi mandat, ekoran pertambahan jumlah undi luar biasa ramainya, tetapi adalah lumrah, mana-mana parti yang mempunyai keahlian ramai dan jentera yang kuat mempunyai kelebihan keluar sebagai pemenang.
Sama-sama kita nantikan, agihan kerusi antara GRS-BN, kerana ianya boleh menjadi penanda aras, kebarangkalian keputusan PRU bagi Sabah yang hanya membabitkan Parlimen.
No comments:
Post a Comment