Wednesday, October 05, 2022

PRU-15 MUSIM BANJIR: APA KERISAUAN BUKAN PARTI UMNO-BN?

KERISAUN semua parti-parti bukan Umno-BN jika PRU-15 diadakan di musim banjir adalah-pengundi pasif, atas pagar dan pengundi baharu tidak keluar mengundi.

Rekod pada pilihan raya yang lalu-lalu, semua parti yang melawan Umno-BN bersadar pada pengundi golongan ini.

Salah satu bukti apabila pada PRU-14, peratus daripada golongan ini cukup tinggi, sehinggakan Umno-BN hilang kuasa yang dipegang sejak merdeka.

Bukti terakhir, apabila ada bencana, seperti PRN Melaka dan Johor, golongan ini juga tidak keluar mengundi, ternyata Umno-BN dengan jumlah undi yang sama pada PRU-14 akan tetapi kalah teruk, manakala pada dua PRN tersebut bukan sahaja menang akan tetapi menang dengan kuasa 2/3.

Pemimpin Umno-BN menterbalikkan kerisauan parti-parti lain jika pilihan raya diadakan pada musim banjir, maka akan menghukum Umno-BN, maka memberi kelebihan pada parti-parti lain, sebenarnya bukan demikian, jika pilihan raya diadakan pada keadaan demikian, hanya ahli dan pengundi tegar keluar mengundi, dan sudah tentu berpihak pada Umno-BN, kerana hanya parti itu yang mempunyai ahli dan penyokong tegar teramai berbanding parti-parti lain.

Hakikatnya semua rakyat tahu akan taktik Umno-BN, akan tetapi, jika juga diadakan pilihan raya pada musim bencana, rakyat yang tergolong bukan ahli, bukan penyokong tegar dan pengundi baharu, tidak akan bersusah payah keluar mengundi, kerana mengutamakan keselamatan dan nyawa. 

Manakala mereka yang tergolong ahli parti dan penyokong tegar akan disantuni parti masing-masing, dan memastikan mereka keluar mengundi. Ini lah sebenarnya taktik tersembunyi Umno-BN, untuk memastikan berkuasa kembali, walaupun taktik ini akan menghasilkan kerajaan yang hanya disokong rakyat minoriti.

Rakyat negara ini, berharap sangat dengan penyerataan hampir 7 juta pengundi baharu termasuk undi-18, akan menjadikan PRU-15 sebagai game changer politik tanah air, akal gagal, jika pilihan raya diadakan pada masa yang tidak sesuai, tidak kondusif.

Lagipun, jika PRU-15 dilaksanakan juga pada masa terdekat, kos mengadakan pilihan raya akan meningkat sekali ganda, atas sebab, 6 negeri kemungkinan tidak akan akan membubarkan DUN.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan keputusan pada hari ini, bahawa 3 negeri yang diterajui blok parti itu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, hanya akan membubarkan DUN bagi negeri masing-masing pada tahun 2023, ertinya menunggu sehingga penggal DUN masing-masing berakhir.

Apa kah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub tidak peka pada ramai pihak yang tidak bersetuju diadakan PRU-15 dalam masa terdekat, sebaliknya tunduk dan akur pada keputusan parti beliau? Sama-Sama kita tunggu...

No comments:

Blog Archive