PENDEKATAN betul, apabila GRS dan BN Sabah bekerjasama berhadapan PRU-15, seperti mana PRN-16 Sabah, akan tetapi kecacatan kecil? (mungkin besar?) kluster mahkamah yang membabitkan pemimpin Umno, akan dipergunakan pihak lawan, untuk memalitkan imej negatif. Malah, pemimpin Bersatu sendiri sangat alergi dengan pemimpin kategori ini.
Sejauh mana kesannya? apa kah tidak membawa pengertian seperti kata peribahasa, kerana nila setitik susu sebelanga rosak binasa selain seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.
Jika diteliti secara fakta, isu kluster mahkamah sudah bermula sebelum PRN-16 Sabah, sebelum PRN Melaka dan Johor, akan tetapi bukti dilapangan, parti yang terlibat tidak juga dihukum, melainkan diberi mandat menubuhkan kerajaan.
Apa yang dibimbangkan, apabila peratus pengundi keluar mengundi tinggi yang membabitkan pengundi pasif, atas pagar dan muda, kerana tiada sesiapa yang dapat meramal ke arah mana golongan pengundi ini akan memberi undi mereka, walaupun rekod masa lampau, golongan pengundi ini memberi undi mereka pada parti-parti yang melawan Barisan Nasional.
Di Sabah, berpandukan keputusan PRN-16 Sabah pada September, 2020, secara umumnya, menyokong kerjasama GRS-BN Sabah, atas sebab itu dapat menubuhkan kerajaan, berbanding Parti Warisan dan Pakatan Harapan. Namun perkembangan mutakhir berkaitan kluster mahkamah membabitkan pemimpin utama Umno, belum diketahui kesannya, akan tetapi, jika berasaskan sikap pengundi, nampaknya, lebih mengutamakan kestabilan politik, berbanding isu-isu peribadi.
Rakyat Sabah secara umumnya, mahukan agar ahli parlimen daripada Sabah bergerak seiring dengan GPS Sarawak, lari daripada status melukut di tepi gantang, sebaliknya, mempunyai suara kuat dalam percaturan politik nasional.
Di Semenanjung, samada ada kluster mahkamah ataupun tidak, keupayaan Umno-BN, PH dan PN, diramalkan seimbang, kesan perubahan politik tanah air, yang tidak ingin lagi kembali pada politik dominan, melainkan, politik yang berorentasi semak dan imbang, kerana didapati dan terbukti menerusi pendekatan sedemikian, boleh mengwujudkan kerajaan dan pemerintahan yang berintegriti dan bertanggungjawab.
Politik dominan sebenarnya telah dinoktahkan pada PRU-14, atas sebab rakyat menyedari, politik sedemikian, tidak membantu kemajuan dan pembangunan negara, malah penyebab pada ketirisan gigantik melibatkan dana awam.
Rakyat negara ini dihidangkan dengan fakta, bagai mana dana awam disalahguna, sehingga, mereka yang tidak mempunyai kedudukan dalam pemerintahan dan pentadbiran turut terlibat salahguna dana awam, bukan sedikit, tetapi ratusan juta ringgit, hanya kerana produk parti dominan.
No comments:
Post a Comment