Tuesday, September 06, 2022

DI SEBALIK HUJAH HANYA GRS MAMPU UBAH NASIB RAKYAT SABAH

ADA kebenaran berkaitan hujah hanya GRS mampu ubah nasib rakyat, atas sebab berlandaskan latar belakang politik Sabah, apabila parti baharu diberi mandat dan amanah akan berterusan sekurang-kurangnya dua penggal, seperti mana yang lalu-lalu, kecuali era Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) yang berjaya melepasi jinx (badi) 9 tahun.

GRS telah diberi mandat oleh rakyat Sabah pada September, 2020, walaupun pada Mac,2022 terpaksa mengubahnya kepada kerajaan GRS-BN Sabah, apabila gabungan itu didaftarkan sebagai sebuah parti, maka BN tidak dapat menyertainya kerana peraturan ROS yang tidak membenarkan.

Ekoran penjenamaan itu, walaupun awalnya, GRS adalah satu, kini kelihatan terpisah dengan rakan sepasukan semasa PRN-16 Sabah, dan “terpisah” itu bertukar seperti duri dalam daging dalam kerajaan GRS-BN Sabah, atas sebab, BN terutama Umno meletakkan syarat kerjasama dengan GRS berhadapan dengan PRU-15 yang hanya membabitkan kawasan parlimen, apabila agihan kerusi khususnya membabitkan 14 kawasan tradisi terutama 5 kawasan parlimen yang kini disandang wakil rakyat Bersatu, kerana kawasan-kawasan itu dianggap sebagai kawasan selamat, atas sebab kawasan-kawasan tersebut antara 7 kawasan yang terselamat pada PRU-14 daripada dirampas parti Warisan.

Tindak tanduk Umno, lebih tertumpu pada kawasan-kawasan yang disandang wakil rakyat Bersatu, atau parti-parti dalam GRS berbanding kawasan-kawasan tradisi parti itu yang dirampas parti Warisan seperti Parlimen Semporna.

Melihat pada kecenderungan pengundian pada PRN-16 Sabah, jika masih menggunapakai GRS sebagai pendekatan berhadapan PRU-15, daripada 25 kawasan parlimen, hanya 5 kawasan parlimen tidak berpihak pada gabungan tersebut, akan tetapi, jika pendekatan lain, sehingga berlaku free contest, maka hanya GRS sebagai parti boleh menang sekurang-kurangnya 14 kawasan parlimen, sudah tentu tidak termasuk Parlimen Semporna, akan tetapi Papar, Kimanis, Pensiangan dan Tuaran sebahagian daripada 14 parlimen tersebut.

Apa yang jelas, kecenderungan rakyat Sabah menerima GRS semakin hari semakin meningkat, dan kekuatannya akan terjamin, apabila parti-parti tempatan menyertai gabungan tersebut, sehingga menjadikannya sebagai GABUNGAN RAKYAT SABAH TERBESAR. Adalah jelas, apabila gabungan begini besar menerajui kerajaan, maka sudah tentu, setiap rakyat yang menyertainya akan terus dibela, sebagai satu keluarga. Ini lah sebenarnya, erti hujah Pengerusi gabungan tersebut- Datuk Seri Hajiji Haji Noor, hanya menerusi GRS nasib rakyat terbela...

No comments:

Blog Archive