Monday, August 08, 2022

MANTRA: PARTI TIDAK SALAH

MANTRA parti tidak salah, sebab itu disokong dan diundi untuk menang. Kerana parti dipimpin pemimpin tamak dan haloba, selain terbabit salah guna kuasa dan rasuah, kemenangan mendorong melakukan penyelewengan yang lebih dahsyat.

Keberanian rakyat pada PRU-14 mengubah kerajaan, akhirnya membongkar perbuatan gigantik para pembesar parti.

Sepatutnya rakyat atau penyokong parti patut melepaskan diri daripada terus terpukau dengan mantra yang dijadikan kata-kata azimat para “pembesar” parti, atas sebab pemimpin yang mengunapakai kata-kata mantra tersebut, ada lah terdiri yang sedang dibicarakan di mahkamah melibatkan ratusan juta ringgit, malah ada yang telah disabitkan kesalahan, hukuman penjara dan denda ratusan juta ringgit.

Kerana parti itu masih mengekalkan pemimpin yang jelas terlibat salahgunakuasa, maka parti Pas yang sebelumnya menjalin muafakat menerusi Muafakat Nasional (MN) memilih parti kecil sebagai rakan untuk bekerjasama, menubuhkan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti, kerana parti “kecil” itu, bukan sahaja bebas isu moral, akan tetapi bersih dan para pemimpinnya berintegriti.

Parti Pas, sudah terbiasa dengan kekalahan setiap kali pilihan raya. Menang kerana bantuan parti yang mempunyai pemimpin berkelakuan buruk, bukan sahaja mencalar imej akan tetapi bercanggah dengan perjuangan parti itu. Bagi Pas, kalah menang mesti bermaruah.

Sepatutnya pengundi pada PRU-15, memilih parti yang dipimpin pemimpin berintegriti, tidak terlibat sebarang isu jenayah rasuah atau salahgunakuasa, kerana hanya cara itu sahaja membebaskan negara daripada imej buruk di mata masyarkat dunia.

Jika bercakap berkaitan kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi, kemajuan, kerajaan yang diterajui parti dimana para pemimpinnya berintegriti, bersih dan amanah, impaknya pada kesejahteraan dan kemajuan negera, sungguh hebat lagi, hugh, hugh, GIGANTIK!!!!. Jangan berlengah lagi, anda tiada pilihan, jika inginkan negara kita HARUM dipersada DUNIA.

No comments:

Blog Archive