Tuesday, August 09, 2022

MAJORITI AHLI KWSP RENDAH SIMPANAN ADALAH BUMIPUTERA- BUKTI KEGAGALAN UMNO

FAKTA kadangkala dimanipulasi, untuk menyembunyikan kekurangan atau kegagalan, sepertimana berlaku pada Laporan audit 1MDB, yang kini pelakunya sedang dibicarakan di mahkamah, tetapi, manipulasi berkaitan jumlah ahli KWSP, terutama komposisi kaum dan baki simpanan, sangat bahaya dilakukan, kerana melibatkan ramai orang.

Dewan Negara pada Selasa diberitahu, ahli KWSP bawah 55 tahun seramai 12.78juta, 8.22juta (64%) adalah bumiputera. Ahli bumiputera yang mempunyai simpanan kurang RM1000 berjumlah 2.58juta (81%) daripada 3.2juta penyimpan keseluruhan berumur bawah 55 tahun. Secara keseluruhan, 6.62 juta daripada 12.78juta penyimpan berumur bawah 55 tahun, mempunyai baki bawah RM10,000, majoritinya daripada golongan bumiputera.

Petunjuk kejayaan rakyat dilihat pada pendapatan, kerana menerusi pendapatan, dapat mewakili status seseorang. Di negara ini, mereka yang bukan kakitangan awam, status pendapatan mereka, dilihat daripada segi caruman atau simpanan KWSP, semakin tinggi maka status kedudukan juga tinggi, semakin rendah,menunjukkan mereka itu, tergolong berjawatan rendah atau pekerja am biasa.

Umno telah berjuang membela golongan ini, seawal kemerdekaan. Kini, lebih setengah abad, kaum yang dibela, masih berkeadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Betul, ada daripada kaum ini, menjadi super berjaya, termasuk mempunyai wang berbilion ringgit, akan tetapi, jumlah mereka, bagaikan sebutir pasir di tengah laut.

Mengapa kedudukan kaum ini, masih demikian? Dan kini digolongkan pula sebagai B40, yang sepatutnya B60, kerana kegagalan kerajaan yang diterajui Umno membela nasib mereka.

Kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi di kawasan-kawasan kaum ini, membantut memperbaiki kehidupan. Tidak sama, bagi kaum lain yang dapat menikmati kehidupan yang diperlukan manusia, kerana tersedianya segala kemudahan yang diperlukan, malah kemudahan yang bercorak lifestyle.

Sudah lah gagal membela kaum yang digunapakai mendapat kuasa dan kedudukan, sesetengah pemimpin yang diberi amanah, bertindak salahgunakuasa termasuk rasuah yang membabitkan ratusan juta malah berbilion ringgit.

Jika kaum ini, ingin memperbaiki keadaan, untuk berdepan masa hadapan, perlu berhijrah, perlu bertindak mengubah keadaan, jika tidak, keadaan setengah abad lalu, akan berterusan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive