Tuesday, July 19, 2022

WAKIL RAKYAT FOKUS KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGERI

BIASANYA wakil rakyat apabila mengemukan soalan tetap atau soalan tambahan, lebih tertumpu pada rungutan atau kelemahan kerajaan, akan tetapi, sejak akhir-akhir ini, telah berubah pada cadangan atau penyelesaian atau kaedah yang perlu dilakukan atau dilaksanakan untuk kemajuan dan pembangunan negeri.

Soalan tambahan ADUN Usukan pada persidangan DUN Sabah yang bermula pada 18-21 Julai, 2022, berkaitan cadangan pembekuan projek-projek Persekutuan, ada lah soalan responsif, kerana isu tersebut sangat membimbangkan, jika ianya meliputi Sabah. Demikian juga soalan Adun Bebas Kemabong, berkaitan tindakan kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat.

Penulis memilih dua bentuk soalan tersebut, kerana satu sebab, yang pertama berkaitan fizikal yang melibatkan kerajaan secara langsung dan kedua perkhidmatan yang digerak melibatkan rakyat.

Dua soalan tersebut saling memerlukan, tidak boleh memilih antara satu. Menjawab dua isu tersebut, Ketua Menteri, nampaknya cukup bersedia, apabila memberi jawapan berbentuk tindakan/strategi dan solusi.

Nampaknya, persidangan DUN Sabah, jika sedikit masa lalu, banyak mengisi laporan-laporan berkaitan pencapaian kerajaan, perubahan undang-undang atau penguatkuasaan, selain rungutan-rungatan semasa perbahasan, termasuk “acara” tunding jari, kini, hampir bertukar, pendekatan bergerak ke hadapan, berkaitan strategi, tindakan dan penyelesaian.

Kudo’s pada Speaker mengendalikan persidangan mengundang pujian, kerana, bukan sahaja menunjukkan penguasaan berkaitan peraturan-peraturan akan tetapi kematangan dari segi memberi nasihat, tindakan sebaiknya atau seharusnya yang perlu dilakukan oleh ahli dewan.

Bagi penulis, ADUN baik daripada kerajaan mahupun pembangkang, sudah mencapai kualiti atau mutu yang diperlukan daripada wakil-wakil rakyat. Ciri-ciri dan kualiti yang ada bukan sahaja perlu diteruskan, akan tetapi jika boleh ditambah baik di masa hadapan, apabila parti mencalonkan calon bertanding pada sebarang pilihan raya.

Perkara yang sangat menarik dan perubahan yang sangat ketara, adalah cara Ketua Menteri menjawab soalan, yang mencerminkan/menunjukkan bahawa beliau sentiasa in command.

Penulis juga mendapati para menteri cukup lengkap dan menguasai setiap isu yang membabitkan kementerian masing-masing, jawapan berkaitan isu-isu berbangkit menunjukkan satu putaran yang saling melengkapkan antara satu sama lain, mungkin ini lah produk kerajaan GRS-BN Sabah yang bervisi SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Blog Archive