BETUL, mengurus barangan bersubsidi tidak seperti ABC, tetapi mengambil contoh makcik pisang goreng, menunjukkan, kegagalan menelaah ketirisan sebenar berkaitan minyak paket 1kg bersubsidi.
Jumlah minyak paket 1kg yang digunakan makcik-makcik pisang goreng jika dibandingkan ketirisan, ibarat bumi dan langit. Mungkin atas sebab itu, apabila kerajaan menubuhkan jawatan kuasa khas jihad inflasi, rakyat melihatnya sebagai usaha melepaskan batuk ditangga.
Penulis melihat, kerajaan masih teraba-raba untuk mencari kaedah terbaik menangani inflasi, sedangkan istilah inflasi dan faktor-faktor yang menjadi penyebab ratusan tahun telah wujud. Kerajaan bersituasi seperti semasa menangani Pandemik Covid-19, teraba-raba, tetapi tidak boleh dipersalahkan, kerana tiada siapapun tahu, bagaimana berhadapan dengan pandemik tersebut.
Walaupun kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin, tidak berpandukan pada kaedah mana menangani pandemik Covid-19, akan tetapi mungkin dibantu atas pentujuk daripada yang MahaKuasa berkat doa dan mengajak rakyat mengangkat tangan memohon dilindungi daripada malapetka, maka tergerak kaedah membendung penularan/jangkitan, termasuk membayar lebih dahulu vaksin Covid-19 walaupun tiada kepastian, apa kah vaksin tersebut berjaya dihasilkan. Impak pada tindakan kerajaan tersebut, maka sempadan negara dapat dibuka pada 1 April, 2022.
Lain ceritanya berkaitan harga barang dan inflasi, kerana isu ini bukan lah isu baharu, akan tetapi isu yang telah diketahui penyebabnya berkurun lamanya. Pun demikian, kerajaan terkial-kial berhadapan dengannya.
Penulis melihat kerajaan semacam ketinggalan kereta api, apabila melibatkan masalah yang melibatkan rakyat secara menyeluruh, berlainan jika melibatkan projek-projek besar, pengurusannya terarah, dan professional.
Mengambil pendekatan menggunakan wang negara untuk tujuan subsidi tidak memerlukan Albert Einstein, untuk mengurusnya, walaupun Perdana Menteri mengakui tidak semudah ABC, akan tetapi, kerajaan tahu, ke mana wang itu diberikan. Sepatutnya, ketirisan tidak akan berlaku, kerana jelas, pemberi, iaitu kerajaan, dan penerima adalah syarikat-syarikat yang terpilih. Seperti juga bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penerima jelas dan wujud.
Mungkin kerajaan, mewarisi, pemimpin tertentu negara ini, wang ratusan juta masuk akaun peribadipun tidak diketahui. Apa kah yang digambarkan berkaitan keadaan ini? Ertinya tindakan sembrono, tidak peka, maka penyebab segala-galanya.
Contoh lain yang hangat diperkatakan adalah isu waris sulu, hanya bermula kerana perbuatan, sembrono mantan Peguam Negara semasa kerajaan PH, menulis surat kerana kesal, bayaran tahuan dihentikan pada tahun 2013, yang mana sepatutnya, tindakan menghentikan, tidak memerlukan sebarang notifikasi daripada kerajaan, kerana memang, waris sulu tidak lagi wujud.
Isu-isu yang berbangkit dalam negara, sebenarnya, isu-isu yang mudah ditangani, jika wujudnya kepekaan, selain mengetahui punca sebenar. Cara kerajaan bertindak, seperti perbuatan wanita menyolek muka yang penuh jerawat, muka nampak licin dan ayu.
Kembali pada jihad mengatasi inflasi dan harga barang, sehinggakan kerajaan terfikir untuk menangguhkan/membatalkan projek-projek kemudahan awam, untuk mengurangkan perbelanjaan, dan wang tersebut, digunakan untuk membantu rakyat yang terkesan. Tindakan tersebut, adalah tindakan serupa memberi ikan, tidak mengajar mengail ikan. Ikan habis minta lagi, wang habis, masalah tidak selesai.
No comments:
Post a Comment