SELEPAS setiap syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun negeri perlu membayar dividen minimum RM1juta bermula tahun ini, kerajaan juga mensasarkan kutipan hasil menerusi cukai jualan produk berkaitan petrolieum, termasuk amnonia dan urea.
Bermula tahun 1976 Sabah hanya menerima 5% bayaran royalti daripada Petronas, kini negeri menambah kutipan hasil bermula 1 April, 2020 menerusi 5% cukai jualan bagi setiap jualan produk tersebut yang dihasilkan di bumi negeri.
Sidang Dun Sabah pada selesa diberitahu, sejak April, 2020, sehingga 30 Jun, 20220 sejumlah RM2.45bilion telah diterima negeri menerusi skim baharu tersebut. Kutipan hasil negeri menerusi skim baharu ini dianggarkan berjumlah RM1.1 bilion. Untuk 6 bulan pertama tahun 2022, kerajaan negeri telah menerima RM808juta daripada sumber kewangan terbaharu ini.
Bermula Ogos, 2022, cukai jualan untuk amonia dan urea pula berkuatkuasa. Menerusi sumber baharu ini, kutipan hasil kerajaan dijangka bertambah RM46 juta setiap tahun.
Kutipan hasil negeri dijangka akan terus meningkat, apabila semua perancangan dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya. Jika pada tahun 2021, kutipan hasil negeri yang berjumlah RM5.449 bilion mencatit sejarah sebagai kutipan tertinggi sepanjang sejarah, maka dijangka setiap tahun, kutipan akan terus mencitat rekod.
Sabah memerlukan kewangan yang cukup besar, untuk memajukan dan membangun negeri, untuk mendokong usaha kerajaan mengeluarkan negeri daripada rakyat miskin dan golongan B40.
Menerusi visi Sabah Maju Jaya (SMJ) penulis yakin, semua pihak yang terlibat mempunyai komitmen tinggi untuk merealisasikan visi tersebut. Tiada yang membanggakan setiap kerajaan dan pemimpin apabila meninggalkan legasi yang dikenang sampai bila-bila.
Tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji anggota Pentadbiraan dan Ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota pentadbiran lain, tidak perlu dipersoalkan, kerana mereka “deserve’ menerusi kerja kuat mereka, maka hasil negeri terus menanjak naik. Selain itu tujuan kenaikan tersebut disesuaikan dengan peningkatan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang mereka wakili.
No comments:
Post a Comment