Monday, July 18, 2022

PROJEK PERSEKUTUAN UNTUK SABAH- PERLU DITERUSKAN

WALAUPUN kerajaan Persekutuan bercadang melaksanakan penjimatan dengan menangguhkan atau membatalkan projek-projek yang belum bermula, tidak sepatutnya membabitkan Sabah.

Projek-projek untuk Sabah terutama membabitkan kemudahan awam, tidak boleh ditunda atau ditangguh apatah lagi dibatalkan, atas sebab Sabah sangat jauh ketinggalan daripada kemudahan tersebut berbanding negeri-negeri di Semanjung.

Semalam menteri di jabatan Perdana Menteri yang menjaga ekonomi- Datuk Mustapha Mohammad dilaporkan berkata, untuk tujuan penjimatan perbelanjaan awam, kerajaan Persekutuan bercadang menangguhkan atau membatalkan mana-mana projek yang belum bermula,supaya peruntukan projek-projek terbabit boleh dialihkan membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang dan inflasi.

Semasa sidang DUN Sabah hari ini, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan ADUN Usukan-Datuk Seri Salleh Tun Said, apa kah tindakan kerajaan negeri berhubung cadangan kerajaan Persekutuan tersebut.

Ketua Menteri tersebut menegaskan, bahawa sekiranya kerajaan negeri menerima notis berkaitan cadangan tersebut, kerajaan negeri akan merayu, agar cadangan kerajaan Persekutuan tersebut tidak melibatkan projek-projek Persekutuan di Sabah.

Sabah apa pun keadaan, sebarang projek yang dirancang dan diluluskan yang membabitkan rakyat, tidak bersedia berdepan dengan penangguhan termasuk pembatalan, memandangkan kemudahan-kemudahan seumpama itu merupakan katalis untuk menjadikan Sabah maju dan membangun, seperti mana digariskan menerusi visi Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

Sabah sudah terlalu jauh ketinggalan, jika berlaku penangguhan/pembatalan, bukan sahaja mempengaruhi sosio-ekonomi rakyat, akan tetapi, akan semakin jauh lah ketinggalan.

No comments:

Blog Archive