Monday, July 18, 2022

KESTABILAN POLITIK PEMANGKIN KEMAJUAN- JAPLIN

DATUK Japlin Haji Akim yang juga Ketua Bersatu Kota Belud meningatkan rakyat khususnya rakyat Kota Belud dan amnya Sabah, mengambil iktibar ketidak stabilan politik pasca PRU-14 yang menyebabkan Sabah bertukar 3 kerajaan kurang tiga tahun, seperti juga Kerajaan Persekutuan.

Impak ketidak stabilan politik, maka semua rakyat negera ini terkesan, apatah lagi berlakunya pandemik Covid-19 dan kini krisis Russia-Ukarine.

Situasi ekonomi negara diperburuk, selain kesan pandemik Covid-19 belum memulih, nilai ringgit menjunam, harga barang meningkat, yang menyebabkan inflasi, memberi tekanan pada kehidupan harian rakyat.

Kerajaan Warisan yang membentuk kerajaan bukan kerana mandat rakyat, tidak dapat memerintah dengan berkesan, kerana asyik mengurus politik, akhirnya pertumbuhan ekonomi Sabah yang sentiasa positif berdekad lamanya, malah mencatit pertumbuhan 8.7 peratus pada tahun 2017, menjunam pada tahun 2018 kepada 1.5 peratus, dan negatif pada tahun 2019.

Nasib baik, rakyat cepat menumbangkan kerajaan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, dan pada September, 2020 digantikan kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kerajaan GRS-BN Sabah hanya memerlukan setahun lebih sedikit memulihkan perekonomian negeri, walaupun pandemik Covid-19 mengancam. Hasilnya, ekonomi Sabah berkembang semula, malah pada tahun 2021, kutipan hasil negeri mencipta sejarah tersendiri, apabila julungkalinya melepasi angka RM5bilion, iaitu RM5.449bilion.

Kestabilan politik Sabah terwujud kerana semua pemimpin rentas parti yang membentuk kerajaan negeri menghormati mandat yang diberi rakyat.

No comments:

Blog Archive