Wednesday, July 13, 2022

UBAH PERSEPSI PARTI BERAKAR UMBI PASTI MENANG

ERA politik sekarang, tidak semestinya parti yang telah berakar umbi pasti menang.

Pada PRU-14 di Sabah, semasa kempen, di mana-mana terpacak, berkibar bendera Barisan Nasional (BN), kereta-kereta yang ditampal logo yang dianggotai 13 parti tersebut berselerakan di jalan-jalan raya, majlis ceramah/perjumpaan sesak, berbanding parti-parti lain, akan tetapi apabila keputusan diumumkan, BN banyak kehilangan kerusi daripada kerusi 2/3 sebelum DUN dibubar berbaki sehinggakan tidak boleh membentuk kerajaan kerana tidak memperolehi majoriti mudah.

BN yang sekian lama bertapak di Sabah, kemudiannya kedatangan Umno pada tahun 1990, secara rasmi tahun 1991, bagi menggantikan Usno (Bukan Usno yang bersama GRS hari ini), adalah parti yang dianggap telah berakar umbi, selain parti yang teramai keahlian baik di Sabah malah seleuruh negara, dengan jumlah lebih setengah juta.

Akan tetapi, semasa PRU-14, kurang daripada 200 ribu ahli parti itu memberi undi pada calon-calon parti termasuk parti komponen, sebaliknya sebahagian memberi undi pada Parti Warisan dan parti-parti yang berkolaborasi dengan parti itu, malah menyebabkan Umno kehilangan kerusi tradisi pada calon DAP, bagi Parlimen Tenom, Sabah. Umno yang dianggap telah berakar umbi banyak kehilangan kerusi.

Demikian juga pada PRN-16, Umno yang bertanding 31 kerusi, hanya menang 14, manakala komponen parti lain dalam BN, tiada satu pun yang menang kerusi.

Manakala parti yang baru, walaupun “belum berakar umbi” masih boleh menang banyak kerusi.

Senario yang berlaku di Sabah itu, telah menidakkan anggapan atau persepsi, oleh kerana Bersatu, selain baru, dan juga serpihan Umno dikatakan tidak akan mendapat sokongan pada PRU-15. Anggapan sebegini sebenarnya telah bersarang sekian lama pada pemimpin yang berDNAkan Umno.

Betul, Bersatu, belum berakar umbi, akan tetapi dari sehari ke sehari, sokongan terus bertambah; dari sehari ke sehari tidak lengkang dibibir disebutkan, kerana faktor para pemimpin parti berintegriti, berbeza dengan Umno, diperkatakan kerana isu kepimpinan parti itu yang terkait isu moral dan jenayah, isu perpecahan, isu tikam menikam, akan tetapi mahu menjadi parti pembela rakyat, kononnya demi kestabilan, sedangkan parti itu dipenuhi pemimpin umpama ketam menyuruh anak berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan senget.

Umno telah telah terbukti sebagai agen ketidak stabilan, termasuk pada hari ini, walaupun pemimpin parti itu diberi peluang menjadi Perdana Menteri, walaupun mewakili jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding parti lain, akan tetapi masih bercakaran sesama sendiri, sehinggakan tidak sabar-sabar diadakan PRU-15, kononnya, dalam PRU nanti, rakyat akan menyokong parti itu untuk membentuk kerajaan.

Mungkin para pemimpin parti itu beranggapan, bahawa politik statik, sehinggakan, kekal menganggap kerana jumlah ahli yang ramai dan jentera yang kuat, maka pasti menang.

Para pemimpin parti itu teruja sangat atas kemenangan pada PRN Melaka dan Johor, walaupun mereka menyedari, bahawa sokongan tidak meningkat, akan tetapi faktor perpecahan parti-parti lain yang mewakili undi majoriti, maka menang kerana kesan sistem First Past The Post.

Mereka tidak terfikir, bahawa pada PRU-15 kebarangkalian, peratusan pengundi seperti PRU-14, ditambah lagi jumlah pengundi muda dan yang pertama kali mengundi, boleh menjadi pemangkin meghasilkan keputusan yang amat berbeza.

Kerana keterujaan mahukan disegerakan PRU-15, jangan dulu menghitung anak ayam sebelum menetas.

Ada lah suatu indikasi kekuatan sesebuah parti, apabila parti lawan sentiasa menyerang, sentiasa menyebut, termasuk pembunuhan personaliti.

Pada PRU-15, rakyat akan memilih parti yang berintegriti atau yang sebaliknya. Manusia jarang memilih yang buruk, sebaliknya yang baik-baik, kecuali mereka yang “buta hati”.

No comments:

Blog Archive