Sunday, July 24, 2022

TUNTUTAN SULU: TINDAKAN MELAMPAU WAKIL RAKYAT WARISAN- CUBA TUTUP KESILAPAN

SUDAH menjadi kelaziman, berbagai alibi diada-adakan, termasuk tindakan agresif, ini lah yang biasa dilakukan apabila seseorang tertangkap basah.

Wakil rakyat Warisan cuba menutup kesilapan, ekoran surat Tommy Thomas (Peguam Negara Malaysia) semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan, di mana parti Warisan bersekutu.

Menteri yang menjaga Undang-undang adalah Pengerusi Parti Warisan mendiang Datuk Liew Vui Keong.

Ada lah mustahil wakil rakyat Warisan tidak mengetahui (walaupun dinafikan), bahawa Tommy mengutus surat pada peguam yang mewakili waris Kesultanan Sulu, berkaitan pemberhentian bayaran RM5300 pada tahun 2013, ekoran pencerobohan tentera Sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram , yang mengorbankan banyak nyawa termasuk pasukan keselamatan negara.

Oleh kerana tiada siapa yang mengaku mengetahui berkaitan surat tersebut, maka memerlukan Tommy Thomas memberi penjelasan, kepada siapa kah beliau meminta nasihat atau berbincang, berkaitan isu SULU.

Sabah sebagai berkepentingan dalam isu tuntutan SULU, ada lah semestinya Tommy Thomas perlu berbincang dengan kerajaan negeri, setidak-tidaknya dengan peguam negeri. Ertinya, di Sabah, atas sebab mendiang VKLiew tidak dapat memberi pencerahan lagi, maka kini terletak pada peguam Sabah masa itu- Datuk Zaleha Rose Pandin.

Penulis melihat tindakan melampau wakil rakyat Parti Warisan, samada di Parlimen mahupun semasa sidang DUN Sabah, 18-21 Julai lalu, termasuk penyokong parti itu berhimpun di pintu masuk DUN Sabah, mendesak speaker membenarkan membahas isu tersebut, menunjukkan sesuatu isu besar yang ingin ditutup, dengan memberi gambaran bahawa pemimpin parti itu, langsung tidak terlibat dengan tindakan Tommy Thomas.

Sebelum PH tumbang, Shafie pernah berkata, isu tuntutan Sulu, seharusnya diselesaikan secara perbincangan dengan Kerajaan Filipina diperingkat G to G (antara kerajaan dengan kerajaan). Kenyataan tersebut berimplikasi, bahawa Malaysia mengiktiraf tuntutan tersebut. Ada lah tidak masuk akal merundingkan sesuatu tuntutan yang tidak diiktiraf.

Kenyataan Shafie tersebut, selari dengan surat Tommy kepada peguam Waris Kesultanan SULU, yang mengatasnamakan jawatan Peguam Negara, merasa kesal dengan penghentian bayaran tahunan tersebut, atas sebab itu Malaysia sanggup membayar balik termasuk tunggakan sejumlah RM48 ribu.

Kerana kesilapan seseorang, kemungkinan besar Malaysia terpaksa membayar RM62 bilion kepada waris Kesultanan Sulu, termasuk mereka yang menceroboh Sabah.

Dalam situasi ini, memasukan Tommy Thomas dalam penajarapun kerana telah membuat kesilapan,ada lah tidak berbaloi, kerana jumlah wang sebanyak RM62 bilion, terlalu besar nilainya berbanding Tommy sebagai individu.

Senario ini lah yang mahu dielak oleh pemimpin Warisan, supaya mereka tidak tercatit dalam sejarah negara, yang bertindak memudaratkan negara, atas sebab itu, mereka bertindak agresif untuk membangun persepsi, bahawa mereka juga termasuk dikhianati. Pun demikian, Tommy masih hidup, dan dalam masa terdekat, akan mendedahkan, pihak-pihak yang beliau rujuk atau berbincang, sehingga keputusan dibuat untuk mengutus surat yang kini, menjadi malapetaka pada negara.

No comments:

Blog Archive