Monday, July 25, 2022

PRU-15: GRS JUGA BERSIAP SEDIA

JIKA boleh, para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melupakan dahulu soal-soal politik bagi menumpukan masa merealisasikan visi negeri sehingga tahun 2025, Sabah Maju Jaya.

Akan tetapi gabungan tersebut terpaksa juga berbicara soal politik, kerana berhadapan PRU-15 peringakat parlimen bila-bila masa daripada sekarang.

Keadaan politik negeri yang telah stabil, dan sudah selari dengan peringkat Persekutuan bermula tahun 2004, apabila pilihan raya diadakan serentak, akan tetapi impak PRU-14, telah menyebabkan pilihan raya berasingan.

Pilihan raya berasingan, menyebabkan sepanjang masa para pemimpin terpaksa bercakap soal politik, kerana pemimpin politik tidak akan dapat melepaskan diri daripadanya, walaupun cuba mengekang bercakap mengenainya dengan dalih, menumpukan masa membangun dan memajukan rakyat dan negeri.

Semalam (Ahad) pemimpin GRS telah mengadakan mesyuarat, selain membincangkan Road Show pada Ogos ini, juga turut membincangkan persedian berhadapan PRU-15. Dalam caption, terlihat Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Datuk Masidi Manjun, Datuk Maximus Ongkili, Datuk Jeffery Kitingan, Datuk Yong Teck Lee.

Jika melihat kecenderungan rakyat pada PRN-16 Sabah, calon-calon gabungan tersebut tidak banyak menghadapi masalah untuk menang di kawasan masing-masing.

Persaingan sengit sudah tentunya berlaku di kawasan-kawasan yang dipertahankan parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH). Namun, jika gabungan tersebut masih berganding bahu dengan rakannya di peringkat kerajaan negeri, tanpa pertembungan sesama sendiri, peluang menang di kawasan-kawasan tersebut cerah.

Menurut pengamatan penulis, apapun senario bentuk pertandingan pada PRU kali ini, GRS tidak berhadapan masalah mempertahankan kawasan-kawasan sendiri, walaupun terpaksa bertarung neck to neck hingga ke saat akhir bagi kawasan-kawasan yang dipertahankan parti-parti lain.

Dengan mengambilkira hubungan di peringkat kerajaan negeri, iaitu kerjasama GRS-BN Sabah, jika kerjasama ini diteruskan menerusi PRU yang menjelang tiba, parti-parti lain terpaksa membayar harga yang cukup tinggi berlawan dengan calon-calon daripada dua parti tersebut, atas sebab, kerjasama menerusi pengagihan kerusi tanpa pertembungan, ada lah tindakan menang-menang bagi dua parti itu.

Memang berlaku dilema hubungan antara dua parti tersebut, dalam soal pengagihan kerusi, kerana Umno mempunyai kecenderungan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14, selain mencuba merampas kawasan-kawasan yang dirampas parti Warisan dan DAP. Akan tetapi, jika parti itu, menggunakan rekod terbaharu, iaitu keputusan PRN-16 Sabah, sudah tentu tidak akan berpaut lagi pada keputusan PRU-14.

Jika berpandukan pada keputusan PRN-16 Sabah, jika lah Umno bersama BN bergerak solo, dilihat sukar bagi parti itu menang sebarang kerusi, termasuk parlimen Kinabatangan yang disandang Ketua Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin.

Umno tidak boleh bersandar lagi pada rekod lampau, kerana politik Sabah sangat dinamik, apabila telah berubah, maka momentum perubahan tersebut berterusan. Umno Sabah, tidak boleh berpandukan pada kecenderungan di Semananjung, kerana rakyat di Wilayah tersebut masih berhadapan parti-parti politik yang sama, berbeza dengan Sabah, kerana adanya blok politik baharu, iaitu GRS.

Rakyat Sabah berkecendrungan mempunyai blok tempatan sendiri, yang dapat merealisasikan aspirasi rakyat negeri di peringkat Persekutuan, seperti mana Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).

Akan kita lihat nanti, apa kah bentuk pertandingan pada PRU-15 di Sabah, apa kah akan berlaku pertandingan terbuka? atau sebaliknya.

Penulis berpandangan, jika berlaku pertandingan terbuka, parti Warisan yang dilihat tiada masa depan lagi, mempunyai peluang untuk kekal bernafas, walaupun tidak dapat mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU-14, akan tetapi boleh menang beberapa kerusi lagi selain Parlimen Semporna. Fikir-Fikirkan

No comments:

Blog Archive