PERATUS keluar mengundi rendah akan menjadi sejarah pilihan raya negara, apabila pengundi terdorong semula keluar mengundi, apabila RUU Anti Lompat dikuatkuasakan.
Tersangat jelas, pada PRN Melaka dan Johor, peratus yang keluar mengundi sangat rendah, yang menghasilkan keputusan, parti yang menang dan menubuhkan kerajaan hanya mewakili minoriti rakyat.
Apabila peratusan yang keluar mengundi tinggi seperti mana PRU-14, maka mana-mana parti yang menang dan menubuhkan kerajaan, adalah kerajaan yang mewakili majoriti rakyat.
Pada PRU-15, kerbarangkalian peratusan yang keluar mengundi tinggi, yang membawa makna, bahawa pengundi pasif atau atas pagar, termasuk undi-18 dan pengundi pertama kali, maka PRU-15, akan mengundang teka-teki, parti mana yang akan mendapat mandat rakyat.
Penulis berpandangan RUU Anti Lompat adalah game changer politik tanah air, seperti mana dipelopori Negeri Sabah semasa era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS),.
Di Sabah mangsa pertama RUU tersebut adalah Allahyarham Tun Mustapha, apabila DUN Usukan diistiharkan kosong, kerana Tun menyertai Umno, pada tahun 1990.
Namun, undang-undang tersebut diistiharkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, semasa era Datuk Seri Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Impak dibatalkan RUU tersebut, maka menyebabkan Kerajaan PBS tumbang pada tahun 1994, apabila dua ADUN parti itu keluar parti untuk menyertai Umno.
Pada tahun 1994 lah era kerajaan BN yang diterajui Umno bermula, sehingga lah hilang kuasa pada Mei, 2018, ekoran tindakan 4 ADUN Umno sendiri keluar parti, untuk menyokong Parti Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal.
Pada Julai, 2020, 4 ADUN itu juga lah bersama 29 yang lain yang dipimpin Tan Sri Musa Aman menyebabkan kerajaan Parti Warisan tumbang, dan terpaksa diadakan PRN mengejut, yang dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama BN Sabah.
Apabila RUU Anti Lompat berkuat kuasa, maka menoktahkan menjatuhkan sesebuah kerajaan kerana tindakan melompat parti. Tahniah Kerajaan Keluarga Malaysia.
No comments:
Post a Comment