Friday, July 15, 2022

RAKYAT PERLU KERAJAAN BENTUK BAHARU

TEMPOH parlimen ke-14 akan berakhir pada 15 Julai, 2023, bermakna setahun lagi daripada sekarang.

Memandangkan tempoh hanya berbaki 12 bulan lagi, maka tiada keperluan membubarkan parlimen untuk PRU-15 lebih awal.

Ada baiknya, tempoh setahun, digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat yang terkesan, impak Pandemik Covid-19 dan kini inflasi.

Beri peluang pada rakyat semasa memberi mandat tidak dalam tertekan atau emosi, kerana keputusan dalam keadaan demikian, tidak dapat memilih parti yang benar-benar membela untung nasib rakyat.

Rakyat pada PRU-15, perlu diberi peluang seluas-luasnya membuka bentuk pemerintahan baharu, selepas tumbangnya order lama, dan akan tamatnya kerajaan cacamarba yang mengisi masa peralihan bagi penggal ke-14 parlimen.

Keputusan PRU-15 akan menghasil order baharu pemerintahan negara, kerana pengelibatan undi-18, generasi yang menjadi penerus. Pada tangan mereka lah ditentukan akan di bawa ke mana negara ini, berhadapan dunia teknologi dan digitalisasi.

Jumlah pengundi muda yang signifikan dalam daftar undi, akan menentukan warna pemimpin masa depan negara.

Akan dilihat nanti, bagai mana parti-parti yang bakal bertanding, strategi apa yang digunakan untuk menarik pengundi muda.

Pengundi muda, sangat dahagakan membangun diri untuk persedian hari tua, ertinya, mereka perlukan peluang-peluang samada pekerjaan mahupun perniagaan.

Di Sabah, kolaborasi antara badan berkanun milik kerajaan negeri, Sedia dengan FoodFanda telah mengagihkan 300 motorsikal pada 300 kepada belia yang tiada sumber pendapatan sebagai langkah permulaan, kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Program kolaborasi yang dinamakan BIZRIDER300 tersebut di sempurnakan oleh Ketua Menteri pada Khamis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Tanjong Lipat, Kota Kinabalu.

Program serupa juga akan akan diagihkan di kawasan Pantai Timur Sabah secara berperingkat.

Program sedemikian untuk membuka peluang pada mereka yang diberi peluang untuk mendapatkan pendapatan melalui sektor penghantaran makanan.

Program seperti BIZRIDER adalah contoh, bagai mana kerajaan bertindak balas berkaitan keperluan rakyat dalam kategori ini. Atas sebab itu, semasa PRU-15 nanti, pengundi dalam golongan ini, akan tertarik pada parti-parti yang dapat membela untung nasib mereka, tetapi apa yang pasti, janji-janji tersebut adalah janji-janji yang boleh dilaksanakan, bukannya janji-janji bulan bintang.

Adalah memberi manafaat pada rakyat seperti tindakan Kerajaan Sabah ini, berbanding ke hulu ke hilir, minta Parlimen dibubar.

No comments:

Blog Archive