Tuesday, July 12, 2022

KINI YANG BERCAKAP BERKAITAN MA63 BUKAN LAGI ORANG GILA

PENULIS masih teringat tahun 80-an, sesiapa yang bercakap berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sahaja dianggap gila, tetapi dicap anti-Malaysia, malah beberapa pemimpin Sabah ditahan menggunakan AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kini, perjanjian itu bukan sahaja dikembalikan pada kedudukan asal, akan tetapi dijadikan asas bagi Sabah dan Sarawak menuntut hak-hak lebih 50 tahun yang telah dinafikan.

Sebagai permulaan, bayaran khas Persekutuan telah dinaikkan 4.7 kali ganda pada tahun 2022 kepada RM125.6 juta daripada RM26.7juta yang diterima negeri berdekad lamanya.

Kini Sabah, dalam proses perbincangan berkaitan bayaran tertunggak 40 peratus kutipan cukai Persekutuan di Sabah.

Tersangat jelas, apabila pemimpin kemerdekaan Sabah bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963 bersama Persekutuan Tanah Melayu, kerana inginkan kemajuan dan pembangunan seperti mana yang ada di Tanah Melayu masa itu.

Akan tetapi selepas 58 tahun, benar juga Sabah ada pembangunan, ada dibina kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, akan tetapi daripada segi kualiti dan kuantiti, jika dibandingkan dengan Semenanjung, sama dengan keadaan tahun 1963. Ertinya jika Semenanjung 100 meter di hadapan, maka Sabah kekal 100 meter di belakang, sedangkan matlamat pemimpin kemerdekaan Sabah, adalah kemajuan dan pembangunan yang seimbang.

Rakyat Sabah perlu menjadikan iktibar permainan politik yang mencekam Sabah, siapa kah yang menyebabkan MA63 hampir dilupakan. Kini, setidak-tidaknya, ada pemimpin Sabah yang terus memperjuangkan MA63, sehinggakan Timbalan Presiden Umno mencadangkan adanya Perjanjian Baharu, sebagai langkah ke hadapan. Namun, cadangan tersebut, dianggap tidak perlu, kerana apa yang ada pada MA63 tersangat jelas. Apa yang diperlukan adalah memperhalusinya secara pentadbiraan untuk ditunaikan.

MA63 mendapat pengiktirafan selepas berlakunya perubahan kerajaan Persekutuan, dan kini sesiapa yang bercakap mengenai MA63 bukan lagi orang-orang gila, sebaliknya mereka ini pejuang sebenar MA63, kerana jelas,  tanpa MA63, tiada PERSEKUTUAN MALAYSIA!!!.

No comments:

Blog Archive