PEMIMPIN caretaker hanya boleh melaksanakan option penangguhan 18 bulan daripada sepatutnya, dan tidak berkelayakan mengadaptasi option berikutnya, 6 bulan selepas sesebuah pilihan raya umum (parlimen) atau diberi kuasa untuk kedua-dua option pada masa yang sama (2 in 1). Situasi ini lah yang berlegar-legar pada ROS yang menyebabkan sehingga kini, belum ada sebarang keputusan daripada agensi tersebut terhadap permohonan Umno.
Jika option 6 bulan selepas sesebuah pilihan raya dibuat dalam tempoh pemegang jawatan, belum masuk sebagai caretaker, maka parti boleh memilih antara satu option pendek atau panjang. ROS tidak akan membenarkan caretaker yang hanya menjalankan pentadbiran, mengubah perlembagaan, kerana jika ianya dibenarkan maka menjadi duluan.
Umno merujuk pada parti MCA yang bersituasi serupa yang diluluskan ROS, akan tetapi tidak sama keadaannya. MCA membuat permohonan sebelum pemegang jawatan yang dipilih tamat tempoh, manakala Umno selepas tamat tempoh.
Kenyataan ahli parlimen Padang Rengas- Datuk Nazri Aziz, yang menyatakan option 6 bulan yang dibuat pada PAU Khas Mei lalu, tidak tergunapakai pada masa ini, akan tetapi di masa akan datang ada kebenarannya. Atas sebab itu, pemilihan parti perlu dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan yang telah diberikan pada parti oleh ROS yang berakhir pada 29 Disember tahun ini.
Umno masih menanti keputusan ROS, dan 16 Julai atau bila-bila daripada sekarang, ROS akan mengeluarkan surat keputusan, samada menerima atau menolak. Di pihak Umno mengharapkan kelulusan walaupun memaksa ROS terpaksa mencipta satu duluan, dipihak agensi itu pula tidak boleh melanggar SOP yang sedia ada, sebelum ianya diubah.
Sepatutnya, Umno boleh mengantisipasi keputusan ROS, dan perlu mempersiapkan mengadakan pemilihan parti.
Menerusi pemilihan parti, pemimpin caretaker boleh bertanding dan jika perwakilan masih menyokong maka akan kembali sebagai pemimpin parti.
Tidak bagi perwakilan pada PAU Khas, akan tetapi ahli-ahli parti di peringkat bawah atau akar umbi, melihat menangguhkan pemilihan menerusi option 2, adalah keinginan para pemimpin caretaker bagi membolehkan mereka mencatur calon-calon pada PRU-15.
Bukan sahaja ahli parti sedar, akan tetapi semua rakyat sedar, sebahagian pemimpin caretaker memerlukan talian hayat untuk menyelamatkan diri, dan talian hayat tersebut, adalah pada calon-calon yang dipastikan menjadi penyelamat, jika menang di kerusi masing-masing, dan seterusnya dapat menjadi kerajaan.
Mereka yang dilihat tidak sehaluan dengan Presiden, kerana menganggap tindak-tanduk beliau menggunakan platform parti untuk mendapatkan talian hayat, kemungkinan akan tercicir daripada senarai calon.
Ramai melihat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diangkat sebagai poster boy dan calon Perdana Menteri akan kesunyian daripada sokongan wakil-wakil rakyat, dan tidak mustahil berulang apa yang berlaku di Johor, poster boy tidak diangkat sebagai Menteri Besar.
Bagi mereka yang mahukan perubahan pucuk pimpinan, menginginkan pemilihan parti diadakan sebelum PRU-15, manakala yang kumpulan yang mengekalkan jawatan mendesak diadakan dulu PRU-15.
Dipihak yang menginginkan pemilihan parti lebih dulu daripada PRU-15, akan terbantu, kerana kehendak pemimpin caretaker untuk menangguhkan pemilihan selepas PRU-15, kemungkinan besar tidak mendapat kelulusan ROS.
Atas sebab itu, mana-mana yang mahu bertanding jawatan parti, perlu mula bergerak daripada sekarang.
Satu akibat besar bagi Umno, jika tidak akur dengan mengadakan pemilihan parti sebelum 29 Disember ini, adalah pembatalan pendaftaran. Jika parti itu, tidak wujud secara sah,walaupun nama kekal dulu, kini dan selamanya, maka dengan sendirinya, tiada siapa yang boleh memberi surat watikah sebagai calon. Senario seperti ini sedang berlegar-legar pada Umno, kerana kesilapan pemimpin caretaker... sama-sama kita tunggu apa yang berlaku daripada sekarang sehingga 16 Julai ini.. stay tune.
No comments:
Post a Comment