Friday, July 15, 2022

HARGA BARANG DAN INFLASI

PENULIS telah mengikuti harga sardin cap ayam berat bersih 155gram, 50 tahun lalu.

Jenama Sardin Cap Ayam telah ada di pasaran semenjak 130 tahun lalu, akan tetapi penulis hanya benar-benar ingat merasainya 50 tahun lalu. Mungkin sebelum itu pernah juga, tetapi tidak perasaan.

Apabila penulis pandai membeli, harga kemasan yang sama adalah 25 sen, harga berperingkat meningkat, dan pada tahun 2006, dijual pada harga RM2.85.

Harga sebelum PKP, kerana pandemik Covid-19 adalah RM3.85, dan kini RM4.80.

Apa yang cuba digambarkan penulis, bukan harga produk ini yang meningkat, akan tetapi nilai wang yang menurun atau kehilangan kuasa beli atau inflasi.

Ada lah benar, gaji seorang kerani 50 tahun lalu RM175 sebulan dan kini minima RM1,500. Ertinya, gaji meningkat 857 peratus, berbanding daya belinya yang menurun 1920 peratus, lebih 2 kali ganda peningkatan gaji.

Apa yang boleh diambil iktibar pada contoh ini? Bahawa kesejahteraan rakyat itu bukan membaik, akan tetapi bertambah teruk.

Tidak dinafikan, ada rakyat yang bernasib baik, dan menghuni sebagai golongan T20, manakala yang kurang bernasib baik dikelompokan sebagai golongan B40.

Jika lah diambil contoh produk sardin cap ayam ini, maka dalam keadaan sekarang, bukan sahaja terkesan, akan tetapi terbeban untuk meneruskan kehidupan.

Dengan pendapatan yang sama, barangan yang boleh dibeli berkurang separuh, atau lebih sedikit. Jika barangan tersebut berkaitan tumbesaran, maka, sudah pasti keperluan badan tidak mencukupi. Jika tidak mencukupi. Impaknya tumbesaran terbantut, perkembangan otak juga terbantut. Jika demikian, apa kah generasi akan datang, terdiri daripada mereka yang bersaiz kecil, kurang daya berfikir?

Situasi demikian lah, yang akan berlaku, tanpa disedari, impak berkurangnya daya beli pendapatan yang disebut inflasi, yang ditandai dengan kenaikan harga barang.

Penulis yakin, tiada sesiapapun rakyat negara ini, boleh menunjukan, barangan tidak mengalami kenaikan harga, kerana harga garam pun naik, sedangkan barangan ini termasuk barangan inferior dalam istilah ekonomi.

Kenaikan harga barang yang menyebabkan inflasi di negara kita, akan menjadi cabaran rakyat negara ini, untuk meneruskan kehidupan.

Penulis tiada keyakinan, jawatan kuasa khas jihad inflasi boleh berbuat banyak, kerana jawatan kuasa itu memilih-milih, produk popular, seperti minyak masak. Pendekatan jawatan kuasa tersebut, lebih bersifat retorik dan politik, berbanding mengatasi masalah sebenar.

No comments:

Blog Archive