PRINSIP Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mencampuri urusan parti lain. Kerana prinsip tersebut, maka tidak memperlukan pemimpin lain untuk menenentukan, dengan parti mana parti bekerjasama.
Sebagai parti yang memimpin kerajaan Sabah hari ini, mempunyai formula sendiri untuk memerintah dan mentadbir negeri, dan tentunya, jika ada kerjasama dengan parti lain, maka parti yang bekerjasama itu menerima formula yang digunapakai.
Apabila kerajaan GRS menjadi kerajaan GRS-PH Plus pada 10 Januari 2023, rakan parti menerima formula yang digunapakai, sehinggakan terbina keserasian dalam pemerintahan.
Menerusi keserasian yang telah diibina, maka diteroka kerjasama politik berdepan PRN Sabah.
Pada prinsipnya, belum ada keputusan bentuk kerjasama, sebab itu digunakan istilah meneroka, kerana asas sokongan pada kerajaan yang ditunjangi GRS, GRS-PH Plus sehingga tamat penggal. Penggal ke-16 Dun Sabah akan tamat pada Oktober 2025.
Dalam proses penerokaan kerjasama, jika parti-parti yang menyokong kerajaan berbincang dengan parti-parti lain, pada asasnya tidak berkesan dengan pendirian GRS, kerana prinsip tidak mencampuri urusan parti lain.
Jika parti-parti lain beranggapan, bekerjasama dengan GRS tidak menepati citarasa politik mereka, maka kerjasama tidak akan berlaku, demikian juga dipihak GRS.
Pendirian GRS, parti yang bekerjasama dengan parti, perlu mengambilkira, citra lokal atau tempatan, iaitu bersetuju dan menerima, kerajaan bercitra lokal.
Adalah janggal bagi GRS bekerjasama dengan parti yang mana pemimpin parti itu beterusan memperlekeh kerajaan yang diterajui parti, termasuk hujah di parlimen, untuk tukar kerajaan. Apa tah lagi parti yang mana pemimpin parti itu tidak henti-henti memperlekeh Pelan Pembangunan Negeri, iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Dimaklumi, mengapa Hala Tuju SMJ diperlekeh, kerana atas sebab, dalam tempoh 4 tahun pengenalannya, pencapaiannya diluar jangkaan mereka, kerana hala tuju tersebut, dapat memulihkan ekonomi negeri, dapat mencatit kutipan hasil melepasi RM5 bilion tiga tahun berturut, meningkatkan nilai perdagangan negeri melepasi RM100 bilion, melonjak lebih 35% berbanding sebelum-sebelumnya, dan satu rekod atau angka yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Pencapaian SMJ lain, terealisasinya 11 hak-hak Sabah dalam MA63, adanya CCA ( commercial Collaboration Agreement) antara Sabah dan Petronas, yang menjadi "game changer" kolaborasi industri minyak dan gas melibatkan syarikat Sabah, SMJ Energy (SMJE), yang kini menjadi syarikat RM5bilion, sedangkan ianya bermula dengan geran RM50juta daripada kerajaan negeri.
Mereka yang memperlekeh SMJ tidak dapat membayangkan sejak penubuhan SMJE telah berjaya menjual RM800 juta kesan daripada CCA, dan nilai itu satu pencapaian bagi sebuah syarikat baru,
Mereka, tidak terbayangkan hanya dalam tempoh 4 tahun, projek Hidroelektrik Ulu Padas yang berkos RM4 bilion dilaksanakan, dan telah pun bermula, dan akan siap pada tahun 2027, bagi bekalan air berjumlah 6,000 juta liter sehari, dan tahun 2029 menyumbang 15 peratus tenaga elektrik pada bekalan tenaga negeri.
Mereka cemburu menerusi SMJ dipekenalkan rumah percuma untuk rakyat miskin, dengan pembinaan bermula dengan 1500 unit di seluruh negeri, dan terus ditingkatkan sehingga 4.500 unit setahun di masa depan.
Menerusi SMJ juga diperkasa pembangunan modal insan, termasuk bantuan-bantuan one-off pada pelajar dan penuntut dalam bentuk batuan persekolahan, iuran masuk, tambang kapal terbang dan darat, dan yang penting peruntukan biasiswa dan dermasiswa dinaikan kepada RM101juta, dan untuk tahun 2024 saja telah melepasi RM113juta, yang membabitkan lebih 11,000 pelajar/penuntut, dalam dan luar negeri.
Berpandukan pada Hala Tuju SMJ, dengan formula yang digunapakai mengurus dan memerintah negeri, GRS dilandasan tepat dan betul, dan tentunya rakyat yang mendapat manfaat menerima, dan diterjemahkan menerusi sokongan pada pilihan raya.
Menerusi pengalaman kerajaan selama 4 tahun, maka ruang memilih formula sendiri sebagai asas berdepan PRN Sabah tidak memerlukan campur tangan pihak lain.
No comments:
Post a Comment