PADA tahun 1990, Tun Mustapha Datu Harun bersetuju Parti USNO dibubarkan menyeratai Umno menggunakan istilah KAPAL BESAR. Umno dianalog sebagai kapal besar, pada masa itu, kerana tulang belakang kerajaan Persekutuan.
Oleh kerana persyaratan pembubaran USNO, semua ahli secara en-blok menyertai Umno, kecuali ADUN Usno, atas sebab, anti lompat DUN Sabah masih berkuat kuasa.
Pada PRN 1994 Sabah, semua ADUN USNO bertanding atas tikit BN mewakili UMNO, termasuk lah, Ketua Menteri Sabah hari ini, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor. Akan tetapi semasa PRN itu, Tun Mustapha yang merupakan penyandang DUN Usukan, atas tikit BN, tetapi mewakili Umno, telah menyertai PBS, dan tidak bertanding.
Keputusan PRN tersebut, PBS mengekalkan kerajaan yang dipimpin, apabila menang 25/48, manakala BN 23/48.
Umno/BN mengambil alih kerajaan selepas itu, menerusi pintu belakang, dan bertahan sehingga Mei 2018.
Para pemimpin yang menyertai kapal besar pada masa itu, akan tetapi hari ini, tidak lagi bersama kapal itu, kerana mempunyai kapal masing-masing, kapal yang lebih selamat untuk ditumpangi, canggih dengan peralatan terkini.
Kapal besar itu nampak pada saiz saja besar, tetapi tidak selamat lagi untuk ditumpangi, selain usang, mereka yang mengambil alih kedudukan nahkoda, adalah individu yang tidak boleh dihandalkan, kerana hanya bertujuan menyelamatkan diri.
Bukan rakyat Sabah saja tidak sanggup naik kapal itu, akan tetapi rakyat Semenanjung juga enggan naik.
Apabila ada pemimpin Sabah yang menjadi penumpang kapal itu, tetapi hanya duduk di dek, ingin membawa rakyat Sabah menumpang semula, sewajarnya tidak perlu dilayan, kerana boleh memudaratkan, kerana kapal boleh karam bila-bila masa.
Jelas apabila pemimpin yang mengajak rakyat menumpang kapal yang jelas tidak selamat lagi, ertinya mereka itu, tiada alternatif lain, untuk mendapat kedudukan dan kuasa, sehinggakan sanggup mengajak orang lain, untuk karam bersama-sama. Tindakan paling ketara para pemimpin itu, apabila bertindak berani mati pada 6 Januari 2023 menggerakkan Langkah Kinabalu untuk merampas kuasa Kerajaan yang diberi mandat pada PRN-16 Sabah.
Perbuatan mereka bertindak kamikaze, kerana mereka tahu, tiada cara lain mendapatkan kuasa dan kedudukan. Kini, walaupun mereka jelas dan sedar, bahawa kapal yang mereka tumpangi tidak selamat, masih berhasrat membawa rakyat, termasuk mempengaruhi penumpang kapal yang lebih baik, untuk bersama-sama mereka, dan tujuannya, agar mereka terselamat untuk sementara daripada karam.
Para pemimpin yang hampir karam itu, diselamatkan pada Mac 2020, akan tetapi, selepas terselamat, berlanggak pula, sebagai hero termasuk menggigit tangan yang menyelamat, kesannya hampir tenggelam sepenuhnya pada PRU-15. Kini kapal itu, telah miring, seperti pada gambar, dan dalam keadaan demikian, menunggu masa untuk karam.
Kecuali rakyat yang semenangnya mahu bunuh diri, sanggup menumpang kapal yang sedang senget.
No comments:
Post a Comment