Monday, May 16, 2022

KOTA BELUD BERPOTENSI JADI DESTINASI EKOPELANCONGAN BERTARAF DUNIA: SALLEH

KHAZANAH alam semulajadi Kota Belud, seperti pantai, sungai, bukit bukau, pulau, fauna dan flora, dan juga Gunung Kinabalu menjadi pemandangan indah, kerana lokasi daerah tersebut diletak di kawasan kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara tersebut, adalah faktor menarik bagi tujuan pelancongan luar bandar.

Selain itu, kehadiran pelbagai suku etnik dengan budaya masing-masing yang mendiami daerah tersebut, menambah lagi tarikan dan keunikan.

Berkembangnya industri pelancongan, khususnya pelancongan yang terkait dengan semulajadi, Kota Belud tidak ketinggalan berbanding kawasan-kawasan lain di negeri ini, menjadi destinasi pelancongan terutama ekopelancongan luar bandar jika ianya mendapat liputan atau promoasi yang aggresif.

Tindakan kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) menjadikan ekopelancongan sebagai pendekatan baharu dalam industri pelancongan negeri, boleh menjadikan Kota Belud sebahagian daripada destinasi.

Melihat potensi Kota Belud, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said seorang pemimpin asal daerah tersebut, berpandangan, khzanah alam semulajadi Kota Belud, jika dibangunkan, membolehkan daerah tersebut menjadi destinasi ekopelancongan bertaraf dunia.

Dalam proses mengembangkan potensi yang ada di daerah Kota Belud, termasuk juga promosi di peringkat antarabangsa, suntikan dana daripada syarikat-syarikat besar seperti PETRONAS amat diperlukan. Suntikan dana daripada syarikat minyak dan gas negara tersebut, lebih memberi manafaat daripada segi kos melepas berbanding mengambil alih syarikat bermasalah, yang hanya membabitkan korporat, yang hanya berkaitan mereka yang mempunyai lebihan wang.

Indutsri pelancongan yang berkait dengan alam, mempunyai kelebihan tersendiri, keunikan tersendiri, tidak berdepan kemuflisan, selain itu ianya merupakan industri berpanjangan, dan boleh dikategorikan sebagai the raising sun industry. Peluang pekerjaan, hasil kutipan kerajaan akan terus meningkat mengikut masa, berbanding industri yang terpaksa bersaing sesama, seperti SAPURA.

Suntikan dana daripada syarikat GLC seperti PETRONAS, digunakan untuk pemuliharan alam sekitar, untuk memastikan alam semulajadi kekal sama sepanjang masa, kerana produk ini lah yang dikunjungi pelancong untuk dinikmati.

Akhir-akhir ini, keadaan topografi Kota belud, termasuk fauna dan flora banyak mengalami kerosakan atau kemusnahan kerana banjir, impak gempa bumi Ranau pada tahun 2016, yang menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek, dan tidak mampu menampung limpahan air semasa hujan lebat berterusan.

Dikhuatiri, jika tidak dilakukan sesuatu untuk mengatasi impak gempa Ranau tersebut, akan menghakis keindahan semulajadi khazanah alam khususnya alam fauna dan flora di daerah tersebut.

Semua pihak termasuk kerajaan, baik negeri mahupun Persekutuan, perlu bertindak segera untuk membaik pulih kerosakan impak gempa Ranau, supaya, hasrat penduduk Kota Belud tidak terbantut menjadikan Kota Belud destinasi ekopelancongan bertaraf dunia, seperti mana di utarakan ADUN USUKAN tersebut.

No comments:

Blog Archive