Monday, May 16, 2022

PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SEIMBANG ANTARA DAERAH

PENGHIJARAHAN ke bandar-bandar berlaku kerana adanya pembangunan dan kemajuan tidak seimbang.

Status bandar, apabila ditandai dengan pembangunan dan kemajuan, mempunyai aktiviti ekonomi yang rancak, menyediakan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan.

Mereka yang berhijrah ke bandar, adalah mereka yang berusia produktif. Apabila berlaku penghijarhan, maka kampung-kampung atau daerah asal hanya diduduki mereka yang kurang produktif.

Mengurangi penghijrahan, apabila daerah-daerah yang kurang kemudahan untuk aktiviti ekonomi disediakan, misalnya pertokoan, rumah-rumah kedai, kawasan perniagaan, agar kemudahan seperti ini dapat dimanfaatkan oleh golongan produktif, meningkatkan pendapatan, juga membuka peluang-peluang perniagaan hiliran, dan sudah tentu juga membuka peluang pekerjaan.

Motto, yang digunapakai kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu “memastikan rakyat menikmati apa jua pembangunan dan juga kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya mereka perolehi”, bakal menjadi pemangkin pembangunan dan kemajuan seimbang antara daerah-daerah di Sabah.

Pendekatan seumpama ini sebenarnya adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa dilancarkan pada tahun 70-an, akan tetapi limpahan kemajuannya tidak sampai ke Sabah. Sementara di Semenanjung telah wujudnya perkampungan baharu, kawasan-kawasan baru yang maju, sebelum tahun 90-an, di Sabah pula hanya dimulakan pada tahuan 2000, apabila kerajaan negeri memperkenalkan MESEJ, membangunkan dan memajukan kawasan geran komunal, selain mengwujudkan kilang-kilang di merata daerah, sebagai upaya tercapainya pembangunan dan kemajuan seimbang, selepas DEB berakhir.

Kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, sesuai dengan visi Sabah Maju Jaya, bukan sahaja berusaha, akan tetapi akan terus menjadikan pendekatan pembangunan dan kemajuan seimbang di semua daerah di Sabah.

No comments:

Blog Archive