Sunday, May 15, 2022

DI MALAYSIA BERNAMA ‘HARUN BIN OMAR” DI FILIPINA “AIROLA @SATAR”

SATU lagi kes bagaimana rakyat Filipina yang menyusup masuk menggunakan pintu belakang ke Sabah pada tahun 1983, mendapat sijil lahir, kad pengenalan dan pasport Malaysia terbongkar.

Harun bin Omar beberapa kali kembali ke negara asalnya menggunakan paspot Malaysia, akan tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, apabila pada 10 Mei memasuki Filipina dari Kuala Lumpur menaiki Philippines Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, pada awalnya dilarang masuk ke negara tersebut kerana ada hubungan pengganas, telah berubah apabila penyiasat Filipina mendapati dia adalah ahli kumpulan militan Abu Sayyaf dan merupakan rakyat negara tersebut yang bernama Airola @Satar yang terlibat dalam pengepungan Selatan Filipina Lamitan pada 2001 dan juga terlibat dengan beberapa kes penculikan yang membabitkan kumpulan berbahaya tersebut.

Berjayanya pihak keselamatan mendedahkan identiti sebenar Harun bin Omar, tidak akan berhenti di situ, tetapi akan memberi ruang untuk siasatan di Malaysia, khususnya berkaitan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)- iaitu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Setakat ini Harun memberi tahu pihak penyiasat Filipina, selepas memasuki Sabah pada tahun 1983, dia mendapat sijil kelahiran dan kemudiannya kerakyatan Malaysia pada tahun 2008. Keluarga Harun yang tinggal di bandar Lamitan juga memasuki Sabah menerusi pintu belakang, akan tetapi tiada maklumat berkaitan kerakyatan.

Isu rakyat asing yang memasuki Sabah secara haram, kemudiannya menjadi rakyat negara ini, bukan isu baharu, malah RCI PATI telah ditubuhkan, akan tetapi, belum dapat merungkai isu sebenar. Terbongkarnya Harun bin Omar, adalah tips of the iceberg berkaitan isu ini.

No comments:

Blog Archive