Sunday, May 15, 2022

UBAH PERLEMBAGAAN: MEMBUKTIKAN KEBERKESANAN PEMULIHAN PARTI

HARI ini, 15 Mei, 2022- 2,666 perwakilan Umno akan mengundi pindahan perlembagaan parti untuk memberi kuasa tambahan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 6 bulan selepas PRU Parlimen, iaitu tambahan pada kuasa sebelum ini, menangguh 18 bulan pemilihan parti selepas tamatnya tempoh 3 tahun menyandang jawatan parti.

Difahami mengapa Umno perlu bertindak demikian,kerana parti itu masih lagi dalam proses pemulihan selepas hilang kuasa pada PRU-14 (Tahun 2018).

Selepas sahaja keputusan PRU-14 diumumkan, Umno bagaikan jatuh ditimpa tangga, kerana bukan sahaja kalah, akan tetapi menghadapi krisis dalaman yang teruk, kerana ramainya pemimpin, wakil rakyat parti itu keluar beramai-ramai.

Umno mendapat tamparan hebat apabila Presiden, mantan presiden, beberapa ahli MKT, dan beberapa pemimpin lagi, di hadapkan ke mahkamah kerana berbagai isu khususnya berkaitan rasuah.

Nasib menyebelahi parti itu, walaupun ramai pemimpin keluar, akan tetapi tiada bahagian atau cawangan yang dibubar, atas sebab, faktor keahlian parti yang ramai.

UMNO mempunyai keahlian lebih 3 juta seluruh negara, menjadikan parti itu terbesar dalam negara.

Ada lah difahami, mengapa Umno mengambil pendekatan, mengelak pemilihan parti sebelum PRU, hanya satu sebab untuk mengelak sabotaj dan atau perpecahan, kerana pengalaman mengajar parti itu tidak dapat menghalang tindakan sabotaj dan atau tindakan cantas mencantas sesama sendiri.

Mengubah perlembagaan parti, secara langsung memberi isyarat pada ahli-ahli dan juga pemimpin, bahawa PRU-15 adalah keutamaan, atas sebab kemenangan pada PRU tersebut, boleh diibaratkan, titik permulaan kali ke-2 bagi parti itu menerajui kepemimpinan negara.

Hakikat tidak boleh dipadam, bahawa kegemilangan parti itu selama lebih 60 tahun telah berakhir pada PRU-14. Bermakna kebangkitan pada PRU-15 adalah langkah pertama untuk mengulangi kegemilangan masa lalu.

Parti itu telah merintis untuk mengulangi kegemilangan, menerusi dua PRN, iaitu PRN Melaka dan Johor. Dengan berbagai strategi, termasuk mengubah perlembagaan parti untuk menangguhkan pemilihan parti selepas PRU-15, adalah jalan yang difikirkan kepemimpinan parti untuk merealisasikan visi untuk meletakkan semula parti itu sebagai peneraju kepimpinan negara.  Mengubah perlembangaan ada lah sebahagian langkah atau strategi pembuktian keberkesanan pemulihan parti.

No comments:

Blog Archive