Wednesday, April 27, 2022

PRU-15: MISI KALAHKAN UMNO-MAKA BERSATU TIDAK DITERIMA RAKYAT?

HUJAH sesetengah pemimpin Umno, atas sebab Bersatu mahu menjalin kerjasama dengan parti lain untuk mengalahkan parti itu, maka punca rakyat tidak menerima parti itu. Kenyataan seumpama ini, melucukan, kerana telah jelas, antara Bersatu dan Umno adalah parti yang berlawan untuk mendapatkan sokongan pengundi melayu. Parti mana mendapat sokongan kaum itu, maka parti itu lah yang menang.

Terbukti pada PRN Melaka dan Johor, dua parti itu bersaing sengit mendapatkan undi melayu. Hanya kerana kesetiaan pengundi tegar dan sedikit sokongan kaum cina dan india, maka Umno di hadapan sedikit, sebab itu menang, sambil memanfaatkan sistem demokrasi negara yang menggunapakai First Past The Post System (FPTPS).

Umno dan BN hanya mendapat undi popluar sekitar 40%, akan tetapi daripada segi jumlah kerusi menang dengan kuasa 2/3.

Dalam senario politik sekarang, tersangat jelas pengundi melayu yang tidak menyokong Umno telah memilih Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu dan Pas. Pengundi dalam kategori ini sebelum ini mengundi PKR dan Amanah daripada Pakatan Harapan (PH).

Kehadiran PN sebagai blok baharu politik, memang diakui telah memecahkan undi pengundi yang menolak Umno/BN, dan menjadi penyebab, mengapa PH tiada peluang untuk mengulangi pencapaian PRU-14. Berpecahnya pengundi yang menolak Umno/BN, telah memberi kelebihan pada parti itu, kerana dibantu penyokong tegar yang kekal menyokong.

Berhadapan PRU-15, jika status quo kekal, iaitu berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN-PN-PH, maka kebarangkalian akan mengulangi keputusan PRN Melaka dan Johor.

Jika para pemimpin PH, membuang ego masing-masing, dan membantu PN dengan memastikan satu lawan satu pada PRU-15, dan dapat memastikan pengundi silang berlaku antara penyokong tradisi parti itu, sudah pasti PRU-15 akan berlaku persaingan sengit, dan kebarangkalian akan mengulangi keputusan PRU-14, Umno/BN gagal ke Putrajaya.

Semua pihak perlu berganding bahu menolak Umno yang tidak mahu berubah, kerana masih mengekalkan pemimpin yang jelas ditolak rakyat pada PRU-14, malah sesetengah daripada mereka mempunyai masalah, termasuk disabitkan oleh mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, malah Presiden parti itu masih bergelut di mahkamah dengan berpuluh-puluh tuduhan.

Ada lah wajar, 60 peratus sokongan pengundi diterjemahkan membentuk kerajaan, bukannya yang minoriti. Atas sebab itu, mereka yang masih mempertahankan ego masing-masing, perlu menghakis pendirian tersebut demi rakyat majoriti. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive