TIADA yang paling mengembirakan bagi peneroka apabila titik peluh mereka dihargai dengan bayaran dividen yang bersesuaian.
Menurut Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bayaran dividen sebesar RM21juta adalah peningkatan yang amat baik dalam tempoh tiga tahun. Untuk rekod bagi tahun 2020, jumlah dividen hanya RM3.4juta.
SLDB yang mengusahakan 38,000 hektar tanah yang ditanam samada kelapa sawit atau pun getah, adalah sebuah agensi kerajaan yang disifatkan kehadapan membantu membasmi kemiskinan luar bandar.
Penulis suka mentafsirkan bayaran dividen yang meningkat dengan drastik bukan sahaja disebabkan peningkatan pengeluaran hasil, akan tetapi didorong kepimpinan agensi tersebut yang diterajui ADUN Nabawan- Datuk Abdul Ghani Mohammed Yassin.
Sebagai pemimpin yang telah masak dengan kehidupan masyarakat luar bandar, maka tiada cara meningkatkan kehidupan masyarakat melainkan menerusi peningkatan produktiviti. Apabila produktiviti meningkat, maka pengeluaran hasil juga meningkat. Bagi komoditi pertanian, selain harga juga volum menentukan jumlah hasil.
Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Hajiji, meletakkan mereka sesuai dengan minat masing-masing, atas sebab itu, kita dapat melihat, agensi-agensi kerajaan bukan sahaja berdaya maju,akan tetapi produktif yang ditunjukkan menerusi peningkatan hasil atau keuntungan.
Menerusi perolehan hasil dan keuntungan yang terus meningkat maka penerimaan dividen untuk kerajaan terus terjamin sebagai pemudah cara mensukseskan Sabah Maju Jaya (SMJ). Dianggarkan, syarikat-syarikat ini, secara kumulatif membayar RM200juta setahun pada Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment