Blogger Apa Yang Tersirat mengucapkan selamat Berpuasa pada umat islam. Semoga Allah SWT menerima ibadah kita semua. Amin.
PRU-15 hanya membabitkan 25 kawasan parlimen di Sabah.
Menganalisis jumlah undi antara 4 parti utama- iaitu GRS, BN, Warisan, PH berasaskan PRN-16 Sabah, jika berlaku pertembungan antara parti-parti tersebut, didapati- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang parlimen Kota Marudu, Tuaran, Papar, Beaufort, Ranau, Keningau dan Pensiangan; Parti Warisan- Sepanggar, Putatan, Penampang, Semporna dan Tawau; DAP- Kota Kinabalu dan Sandakan; BN- Libaran.
Kawasan 50:50 adalah Kudat- Warisan/GRS, Batu Sapi- Warisan/BN, Lahad Datu- Warisan/GRS, Kalabakan- Warisan/BN; kawasan 33% antara parti-parti adalah Kota Belud, Kimanis, Sipitang, Tenom, Beluran dan Kinabatangan.
Jika hanya melibatkan 2 penjuru- GRS-BN lawan Warisan/PH, Warisan menang di Parlimen Semporna dan Penampang, manakala PH di Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Melihat pada keputusan PRN-16 Sabah, jika berlaku satu lawan satu, maka GRS-BN menang 20 kawasan parlimen.
Pada PRU-15 yang membabitkan parlimen, keputusan tidak akan jauh daripada keputusan PRN-16 Sabah.
Terpulang pada para pemimpin GRS dan BN Sabah membuat keputusan, bagai mana menghadapi PRU-15.
Jika berasaskan riak-riak pemimpin, para pemimpin GRS tiada isu, jika GRS-BN berganding bahu mendepani pilihan raya tersebut. Kemusykilan hanya pada BN, terutama Umno, kerana isu perbalahan dengan salah satu komponen GRS- parti Bersatu. Tetapi, perbalahan itu hanya berlaku di Semenanjung, bukannya di Sabah. Jika Umno Sabah, mengambil pendekatan seperti mana PRN-16 Sabah September, 2020, maka 20 kawasan parlimen pasti dalam genggaman.
Penulis melihat, apapun keputusan pengundi Sabah pada PRU-15 nanti, keutamaan para pemimpin GRS-BN Sabah adalah kemajuan dan pembangunan negeri. Dengan pendirian demikian, maka mana-mana parti di Semenanjung yang mendapat mandat menerajui Putrajaya, maka akan disokong, tidak terikat lagi dengan latar belakang parti.
Kerajaan Sabah, tiada boleh lagi bertindak sebagai kerajaan yang membangkang kerajaan Persekutuan, kerana boleh menyebabkan terbantutnya kemajuan dan pembangunan negeri.
No comments:
Post a Comment