Saturday, April 02, 2022

PEMBUNUHAN KARAKTER TIDAK LAKU LAGI

MUNGKIN Tun Dr Mahathir masih percaya, bahawa pendekatan pembunuhan karakter masih mendapat sokongan rakyat.

Negarawan itu, mungkin terlepas pandang, pasca PRU-14, rakyat telah menolak pendekatan itu dengan kata lain tidak laku lagi.

Di berbagai PRK pasca PRU-14, PRN Melaka dan Johor, pendekatan pembunuhan karakter dengan jelas ditolak rakyat.

Pun demikian, pendekatan itu masih cuba disegarkan oleh pemimpin parti Pejuang, apabila menyerang Presiden parti Bersatu/Pengerusi Perikatan Nasional, sebagai pemimpin TIKAM BELAKANG, kononnya punca utama, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, sedangkan cerita sebenar bukan lah demikian.

Rakyat negara ini, masih segar dengan kejadian pada 24 Februari, 2020, apa tah lagi dibantu oleh google sebagai penyimpan fakta, yang mana sesiapapun boleh mengakses dan menelusuri kronologi, satu persatu, punca, mengapa PH tumbang.

Tindakan pembunuhan karakter bukan lah pendekatan baharu Pengerusi Parti Pejuang itu, kerana ianya sudah menjadi sinonim dengan beliau sejak dahulu kala, termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Jika dahulu, tindakan pembunuhan karakter boleh mempengaruhi rakyat, tetapi tidak lagi pada masa sekarang.

Pada PRN Melaka dan Johor, terbukti, pendekatan pembunuhan karakter, tidak menyebabkan parti yang mana pemimpinnya dibebani dengan kaedah itu, terhalang diberi mandat oleh rakyat.

Rakyat negara ini sudah terbeban dengan pendekatan seumpama ini, mungkin atas sebab itu, mereka yang tidak berafiliasi pada mana-mana parti atau mereka yang tergolong pasif atau atas pagar, enggan keluar mengundi, seperti mana ditunjukkan pada beberapa pilihan raya pasca PRU-14.

Politik negara dipenuhi dengan isu-isu peribadi, bukannya menggunakan politik untuk kemajuan, pembangunan, dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Blog Archive