KERJASAMA antara PKR dan GRS semakin jelas pada PRN-17, apabila Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menegaskan bahawa keutamaan parti itu adalah kestabilan politik negeri.
PKR bersama PH, adalah sebahagian Kerajaan GRS-PH Plus sejak 6 Januari 2023, ekoran keputusan sebahagian ADUN Umno kumpulan Datuk Bung Moktar Radin keluar daripada Kerajaan GRS-BN.
Kerjasama GRS-PH Plus pada PRN-17 Sabah adalah kerjasama "staright forward" kerana tidak saling bertindih atau berebut kerusi, jika status quo kedudukan kerusi dipertahankan.
Jika pun masing-masing ingin menambah kerusi yang ditandingi, maka terbuka pada kerusi-kerusi Parti Warisan dan Umno.
Pendekatan PH di Sabah berbeza dengan pendekatan di negeri-negeri lain, yang mana PH dan BN tidak bertembung.
PH terutama PKR lebih selesa bekerjasama dengan GRS sepertimana dibina sejak Januari 2023. Demikian juga GRS. Keserasian antara dua pihak, telah mengwujudan kestabilan politik.
Kata orang "don't rock the boat".
Senario politik Sabah, untuk masa ini, belum dapat mencontohi Sarawak apabila hanya parti lokal atau tempatan menerajui kerajaan negeri. Sabah masih memerlukan kerjasama dengan parti nasional terutama PKR Sabah yang berautonomi dalam menentukan hala tuju.
Keutamaan GRS adalah kestabilan politik negeri. Ertinya parti yang mempunyai matlamat sama dialu-alukan.
Sabah memerlukan kestabilan politik yang berpanjangan untuk memajukan dan membangun negeri. Kerana itu, kerjasama antara parti yang dapat mengwujudkan kestabilan politik adalah keperluan. Apa yang mustahak menerusi kerjasama tersebut, masing-masing saling melengkapi, saling mendokong, tiada unsur tikam belakang.
Penulis melihat sejak terwujudnya kerajaan GRS-PH Plus, keserasian amat tinggi antara para pemimpin, walaupun kerjasama dibina hanya dalam dua tahun.
No comments:
Post a Comment