Showing posts with label PRU-15. Show all posts
Showing posts with label PRU-15. Show all posts

Saturday, November 19, 2022

PENGUNDI AUTOMATIK DAN UNDI-18 MENGUBAH SENARIO POLITIK TANAH AIR?

WALAUPUN jumlah pengundi automatik dan undi-18 hanya 6 juta, akan tetapi jika "turn-out" tinggi, seperti mana terlihat pada saluran 6 ke atas di Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM), yang masih berbaris sehingga sekarang ini,berbanding saluran 1,2,3 yang lengang selepas tengah hari, ada potensi,bahawa kategori pengundi ini akan mengubah (menjadi game changer) politik tanah air.

Sepertimana pola pengundian pada PRU-PRU lalu, yang didominasi pengundi tradsional dan matang, maka PRU kali ini, didominasi pengundi muda yang biasanya mereka ini tidak berafiliaasi dengan mana-mana fahaman politik atau parti politik.

Seandainya peratusan penguindi pada PRU kali ini seperti PRU 2013 (84%) dan PRU 2018 (82%), bermakna pengundi kategori atas pagar atau pengundi pasif, akan mengatasi jumlah pengundi tradisional.

Akan betul lah jika peratusan keluar mengundi di atas 83%, dengan sendirinya akan menafikan keputusan parlimen tergantung, kerana pada peratusan ini kebarangkalian tinggi akan muncul blok parti yang mendapat majoriti mudah, sekurang-kurang 112 atau 111, apabila mengambilkira satu kawasan parlimen yang ditangguh pengundian, kerana kematian calon daripada Pakatan Harapan (PH).

Tiga blok utama bersaing merebut angka ajaib 112 atau 111 daripada 221, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakataan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Sebelum tempoh kempen berlabuh pada 12.01 pagi 19 November, masing-masing yakin boleh mendapat jumlah kerusi majoriti mudah.

Hanya berbaki 2 jam lagi, tempat-tempat pengundian ditutup, dan setakat ini peratusan keluar mengundi melepasi 60%, jika trend pengundian berterusan tanpa gangguan hujan, tidak mustahil peratusan keluar mengundi melebihi 80%.

Blok parti mana bakal muncul sebagai pemenang, sama-sama kita nantikan malam ini.

Friday, November 18, 2022

PRU KALI INI TIADA GELOMBANG KEMARAHAN PADA BN- PETANDA KEBANGKITAN

GARISAN penamat tempoh 14 hari berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbaki beberapa jam lagi, sebelum tengah malam 12.01 pagi.

Kita terbaca berbagai ramalan, tetapi bagi penulis, apa yang pasti PRU kali ini jauh berbeza suasananya berbanding PRU-14. 

Kali ini keadaan tenang-tenang saja, tiada gelombang kemarahan pada BN, jika adapun gelombang kemarahan hanya sesesama parti parti politik, terutama berkaitan langkah Sheraton, dan wakil rakyat lompat parti.

Apa yang sangat ketara, apabila BN dan PH menjadikan PN sebagai musuh/lawan, manakala antara BN dan PH walaupun bersaing, akan tetapi lebih kepada pertandingan persahabatan.

Ini berbeza dengan suasana dalam PRU14 apabila rakyat menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak, di atas isu hangat seperti skandal 1MDB dan pelaksanaan sistem Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).

Kini semuanya sudah tiada lagi, dengan Najib pun sudah berada di Penjara Kajang dan isu bersangkutan dengan beliau juga sudah tidak lagi hangat dibincangkan, begitu juga GST yang sudah tidak kedengaran lagi setelah dihapuskan setelah berakhirnya PRU14.

Kecaman pemimpin pembangkang mahupun rakyat biasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku penyandang Perdana Menteri dan calon Perdana Menteri daripada BN juga tidak begitu kedengaran.

Pemimpin pembangkang tidak mempunyai modal menyerang Ismail Sabri kerana sewaktu zaman pentadbiran beliau tiada perkara kontroversi berlaku, malah banyak perkara dilakukan beliau didokong parti pembangkang, khususnya PH sendiri.

Inilah hikmah kebijaksanaan Ismail Sabri dan rakan-rakan beliau dalam Kerajaan Keluarga Malaysia hingga menyebabkan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan dengan PH pada 13 September tahun lalu.

Hampir kesemua butiran dijanjikan dalam MoU terlaksana dengan sebahagian kecil lagi sedang berada dalam perancangan tidak dapat direalisaskan setelah Parlimen terbubar pada 10 Oktober lalu menyebabkan PH sukar menyerang Ismail Sabri.

Begitu juga pengumuman dan tindakan Ismail Sabri sewaktu menjadi Perdana Menteri sementara yang dilihat masih berada dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan sementara dengan tidak ada apa-apa keputusan membabitkan dana kerajaan dibuat.

Masih kita ingat lagi bagaimana rakyat rata-rata meluahkan kemarahan apabila kerajaan waktu itu dilihat mahu menyukarkan mereka daripada keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei 2018, iaitu Rabu sebagai hari mengundi dalam PRU14.

Sebaliknya kerajaan pimpinan Ismail Sabri sekarang dilihat mahu memudahkan rakyat keluar mengundi beramai-ramai dengan menetapkan esok, iaitu Sabtu sebagai hari mengundi, sekali gus disambut dengan gembira oleh mereka.

Paling mutakhir, pengumuman Ismail Sabri hari ini dan esok ditetapkan sebagai hari kelepasan am, begitu juga pemberian tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya dari 12.01 tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok.

Kesemua ini, selain pemberian gaji penjawat awam dan bayaran pencen untuk pesara bagi bulan ini dibayar lebih awal sudah semestinya akan memudahkan urusan rakyat, khususnya terpaksa balik kampung untuk mengundi, juga menceriakan mood mereka.

Kritikan kononnya kerajaan pimpinan Ismail Sabri gagal memulihkan ekonomi negara juga mudah dipatahkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pada 11 November bahawa ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 14.2 peratus pada suku tahun ketiganya.

Satu-satunya senjata utama dimainkan lawan politik bagi menggesa rakyat tidak mengundi BN adalah dengan memainkan isu kononnya jika BN menang dalam PRU15 ini, maka yang akan naik menjadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bukannya Ismail Sabri.

Dari sudut lain, BN juga mempunyai kelebihan kerana menawarkan tawaran menarik dan realistik serta boleh dilaksanakan kepada semua golongan pengundi, termasuk kanak-kanak, belia, wanita, Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU).

Kesimpulannya, keputusan PRU15 dijangkakan akan jauh berbeza daripada keputusan PRU14, di mana ketiadaan gelombang kemarahan yang membolehkan BN bangkit semula, walaupun ramai yang menjangkakan , tiada mana-mana blok parti menang majoriti mudah, akan tetapi, kesan pertembungan berbagai parti, mana-mana parti yang teramai ahli dan penyokong tegar, boleh menang, selain mendapat kelebihan SISTEM FIRST PAST THE POST, sepertimana berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

Sama-sama kita turun mengundi esok, dan seterusnya, menunggu keputusan.

APABILA KJ BERTANDING DI PARLIMEN SUNGAI BULOH

SOROTAN tinggi pada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) apabila bertanding di Parlimen Sungai Buloh, bukan sahaja berkategori “underdog” (susah menang), akan tetapi cerita-cerita yang mengiringi peluang mantan Ketua Pemuda Umno tersebut, sangat dipengaruhi kelibat Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dibimbangi akan menjadi Perdana Menteri, jika Barisan Nasional (BN) menang. Perasaan dibimbangi, dijadikan alasan sesetengah pihak untuk “tidak” memberi undi walaupun mereka itu “suka” calon tersebut.

Kata peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Secara teorinya kelebihan majoriti calon PKR/PH pada PRU-14 lalu, yang berjumlah 26,634 satu setengah kali ganda berbanding undi terdekat (termasuk daripada BN dan Pas) atau undi kedua-kedua calon tersebut digabungkan masih lebih rendah berbanding undi parti penyandang, iaitu PH, boleh diatasi, kerana senario PRU kali ini amat berbeza, kerana pengelibatan undi kali pertama dan undi-18 yang signifikan ramainya, walaupun secara praktikal tidak mudah untuk berlaku.

Kerana keadaan sedemikian, jika KJ tidak menang, bukan kerana berpresidenkan Datuk Ahmad Zahid, akan tetapi, keadaan lah yang menyebabkan beliau kalah.

Demikian juga situasinya, jika BN tidak menang, bukan kerana pengerusinya Ahmad Zahid, akan tetapi memang demikian keadaannya. Juga jika BN menang, bukan kerana Ahmad Zahid, akan tetapi juga demikian keadaannya.

Pengundi menyokong ataupun tidak pada sesebuah parti, bukannya hanya berbangkit pada PRU ini sahaja, akan tetapi sudah dibina lama, dan diterjemahkan menerusi PRU kali ini.

Mungkin kerana pendirian pengundi sedemikian, maka badan-badan bebas termasuk badan-badan pemikir (think tank) membuat kesimpulan, bahawa pada PRU kali ini, tiada mana-mana parti menang majoriti mudah. Maknanya, pengundi yang telah membina keputusan tidak dapat diubah dalam masa kempen atau semasa PRU ini, termasuklah, berlakunya “upset” di Parlimen Sungai Buloh menerusi KJ.

Kajian badan-badan bebas pada hakikatnya berpandukan pada sifat pengundi negara ini dan rekod-rekod lampau, yang sentiasa mengikut pola pengundian tradisional, yang sangat ketara, antara luar bandar,pinggir bandar dan bandar, dan tidak mengikut komposisi kaum. Sebagai contoh, jika sesebuah kawasan mempunyai kompoisi kaum melayu di atas 60%, jika di luar bandar maka menyokong samada Umno atau Pas, akan tetapi jika kompoisi yang sama terletak di pinggir bandar atau bandar, berlaku sebaliknya, seperti keadaan Parlimen Sungai Buloh.

Kajian juga berkaitan kecenderungan pengundi di bawah 50 tahun, kurang terikat lagi dengan parti yang mewakili kaum atau agama, melainkan lebih terbuka, seperti mana ditandai apabila parti DAP menang di kawasan-kawasan yang dahulunya, tidak terfikirkan boleh berlaku.

Apa yang jelas, pencalonan KJ di Sungai Buloh, telah menyentak Umno/BN, bahawa kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadikan senjata oleh pihak lawan, selain keraguan tinggi bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub tidak akan menjadi Perdana Menteri, kerana adanya duluan sebelum ini, seperti Datuk Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai MB Selangor, berakhir dengan Azmin Ali, Datuk Hasni Mohamad dicalonkan menjadi MB Johor berakhir dengan Onn Hafiz Ghazi.

PRU kali ini cukup unik bagi Umno/BN, kerana julung kali “posterboy” bukannya Pengerusi/Presiden, dan kedudukan ini, dijadikan pula senjata parti-parti lain untuk menimbulkan keraguan, sehinggakan pengundi terutama kaum melayu terperangkap dalam dilemma.

Thursday, November 17, 2022

PRU-15: AKAN TERBUKTI KAH PRU KALI INI PERTANDINGAN PERSAHABATAN?

AKAN terbukti kah PRU ke-15 ini adalah pertandingan persahabatan antara tiga blok parti utama? Kerana puluhan badan bebas melihatnya demikian, walaupun tidak diiktiraf oleh caretaker Prime Minister- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, dengan mengatakan semua dapatan itu hanya propaganda pihak yang membayar dapatan tersebut.

Sukar untuk dinafikan bahawa keputusan PRU kali ini akan berakhir seimbang, atas sebab tiga blok parti utama mempunyai kekuatan yang hampir sama, jika berasaskan senario terkini politik tanah air.

Kerana kekuatan yang seimbang itu lah, maka akan berlaku parlimen tergantung, dan kerananya untuk maksud menubuhkan kerajaan, maka perlu berlaku penjajaran politik yang sama sekali baharu.

Untuk melaksanakan penjajaran politik baharu itu, ada dua option iaitu antara BN-PH atau PH-PN. Mana-mana kombinasi boleh membentuk kerajaan, dan apabila memerlukan kuasa 2/3 maka perlu menjemput GPS dan GRS.

Ada lah dirasakan, senario ini lah yang bakal berlaku, hasil keputusan “pertandingan persahabatan” pada PRU kali ini. Pun demikian, pada 19 November ini, 21 juta pengundi negara ini menentukan apa yang benar-berlaku.

Wednesday, November 16, 2022

PRU-15: APA KAH PENGUNDI MENGIKUT KERAJAAN NEGERI?

ADA kemungkinan pengundi pada PRU kali ini, berpandukan pada parti-parti yang memerintah setiap negeri.

Jika demikian Barisan Nasional (BN) akan menang banyak kerusi di negeri Johor, Melaka, Perak, Perlis dan Pahang. Lima negeri tersebut mewakili 73 kawasan parlimen.

Pakatan Harapan (PH) akan menang banyak kerusi di Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Empat negeri tersebut mewakili 55 kawasan parlimen.

Sementara Perikatan Nasional (PN) menang banyak kerusi di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tiga negeri tersebut mewakili 37 kerusi.

Di Sarawak dan Sabah masing-masing GPS dan GRS-BN akan menang banyak kerusi. Dua Wilayah Borneo tersebut termasuk WP Labuan mewakili 57 kerusi parlimen.

Kecenderungan pengundian berasaskan kerajaan negeri mungkin sahaja berlaku, kerana telah menjadi norma biasa bagi Sabah semasa masih mengadakan PRN berasingan dengan PRU, demikian juga di Sarawak yang mana sehingga kini mengadakan pilihan raya negeri berasingan.

Pada PRU kali ini, hanya Perak, Perlis dan Pahang mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU, dan semua negeri-negeri itu di bawah pemerintahan BN.

Ada kemungkinan jangkaan atas asas pengundi berkecenderungan mengundi mengikut kerajaan yang memerintah setiap negeri, maka BN mensasarkan 112 daripada 178 kerusi yang ditandingi, yang mana daripada angka itu, lebih 100 parlimen ada lah kawasan parlimen di Semenanjung.

Sasaran BN ini lah yang bakal dibuktikan pada PRU kali ini, kerana parti itu, sejak PRU-12 tidak lagi pernah mencapai angka sedemikian, malah pada PRU-14,hanya menang 49 kerusi.

Sasaran BN itu boleh dicapai, jika pola pengundian seperti mana PRN Melaka dan Johor, dan pola itu juga berlaku merata di seluruh Semenanjung. Akan tetapi, jika pengundi masih bersandar pada parti yang memerintah setiap negeri, maka sasaran itu terbantut dengan sendirinya. Demikian juga sasaran parti lain seperti PH dan PN, akan juga terbantut, kerana itu lah, keputusan PRU kali ini berakhir dengan parlimen tergantung?

Ada dua senario pada PRU kali ini, pertama pengundi berasaskan kerajaan yang memerintah setiap negeri, dan kedua pola pengundian yang menyeluruh tanpa terikat dengan kerajaan yang memerintah setiap negeri.

Pola mana kah yang akan berlaku, maka akan dapat dilihat pada keputusan PRU kali ini.

Tuesday, November 15, 2022

JIKA TIADA PARTI MEMANG 112, KEMUNGKINAN PN DAN BN BEKERJASAMA

BERBAKI 4 hari sebelum hari penentun, walaupun tiada mana-mana parti memberi bayangan bekerjasama, kerana masing-masing yakin menang, akan tetapi jika tiada mana-mana parti menang 112, kemungkinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan berlaku.

Dijangka kombinasi BN-PN-GPS-GRS mempunyai bilangan kerusi mendekati kuasa 2/3.

Di lain pihak pula, samada dengan BN atau kah PN, mana satu sahaja pilihan Pakatan Harapan (PH), tanpa sokongan GPS mahupun GRS, boleh membentuk kerajaan.

Nampak gayanya, samada BN ataupun PN, bekerjasama dengan PH adalah pilihan terakhir, jika sekiranya, kerjasama BN-PN-GPS-GRS sukar direalisasikan.

Keputusan PRU kali ini, perlu ada penjajaran politik antara dua dari tiga blok parti utama.

Antara PN dan BN, dilihat semacam malu-malu kucing, terkait dengan kerjasama, akan tetapi dilihat daripada skop besar, dua parti itu,  walaupun dilihat ada isu antara kedua-duanya, akan tetapi isu-isu berbangkit umpama kocakan dalam cawan, yang boleh diselesaikan.

Berbeza dengan PH, yang terkait dengan ideologi, yang mana kerjasama, boleh membawa banyak keburukan berbanding kebaikan, samada pada BN mahupun pada PN.

Jika pun, samada BN atau kah PN meilih   kerjasama dengan PH, ianya pilihan terakhir dan terpaksa.

Pertimbangan BN atau kah PN , selain hubungan dengan GPS kerana parti daripada Sarawak tersebut sangat alergi dengan parti DAP.

KELEBIHAN APABILA KETUA TIDAK BERTANDING

PADA PRU-15, ini, betul tindakan Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk tidak bertanding, kerana masa yang ada dapat digunakan membantu sebanyak mungkin kawasan untuk membantu calon-calon yang mewakili GRS-BN.

Setakat ini, hanya Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Shafie Apdal, ketua parti masing-masing boleh membantu calon-calon daripada parti masing-masing, manakala yang lain sibuk di kawasan masing-masing, kerana berhadapan saingan sengit daripada pihak lawan.

Presiden PBS dan STAR, sukar berganjak daripada kawasan masing-masing, untuk memastikan mendapat sokongan, kerana pada dua kawasan tersebut, bersituasi setiap undi penting.

Berasaskan mood di lapangan, para pengundi telah pun membuat keputusan, parti atau calon mana yang bakal dipangkah pada 19 November ini,demikian juga pengundi pos dan pengundi awal (pada hari ini 15 November).

Berasaskan perkiraan rambang, daripada 10 pengundi, 4 pengundi memilih calon-calon GRS-BN, manakala baki 6 undi lagi terbahagi sama rata dengan Parti Warisan dan Pakatan Harapan, kecuali di Parlimen Kota Kinabalu, 5 undi untuk PH, Penampang, Sandakan pula 4 undi untuk Parti Warisan. Sementara di Parlimen Semporna, 5 untuk Parti Warisan dan Kinabatangan dan Tuaran, masing-masing 5 dan 6 untuk GRS-BN.

Memang berlaku saingan sengit di beberapa kawasan seperti Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar,Putatan, Kimanis, Keningau, Tenom, Ranau, Batu Sapi, Silam, Tawau dan Kalabakan, akan tetapi GRS-BN mendapat kelebihan sistem First Past The Post (FPTP).

Juga pada PRU kali ini, julung kali PKR tidak menang sebarang kerusi, apabila Parlimen Tawau dan Putatan, bakal dirampas calon GRS-BN.

Hakikatnya, tiada siapa yang dapat meramal dengan tepat keputusan sesebuah pilihan raya, sehinggakan, mana-mana pihak yang membuat jangkaan, dikatakan sebagai “tok bomoh”, tetapi penulis membuat jangkaan berasaskan mood pengundi, dengan pertanyaan rambang, kemudiannya membuat kesimpulan, bahawa mood pengundi secara umum sedemikian.

MUNGKIN KAH PADA PRU KE-15 INI ADA BLOK PARTI DI SEMENANJUNG MENANG 100 KERUSI?

MUNGKIN pada PRU ke-15 ini, berulang seperti mana PRU tahun 2004, ada blok parti menang 100 kerusi atau lebih di Semenanjung? Kerana masing-masing blok samada Barisan Nasional (BN),Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), yakin boleh mencapainya.

Apa kah jangkaan masing-masing parti ini akan tercapai?

Barisan Nasional semasa masih dianggotai 13 komponen parti, pernah mengecapinya, dua blok parti lain belum merasainya, terutama PN yang kali pertama menyertai PRU.

BN sangat yakin boleh menang sekurang-kurang 102 kerusi daripada 165 di Semenanjung, dan menang 112 daripada 178 kerusi, termasuk daripada Wilayah Sabah. BN Sabah termasuk WP Labuan, sekurang-kurangnya boleh menyumbang 10 kerusi.

Di pihak PH pula, sekurang-kurangnya perlu menang 104 kerusi di Semenanjung, kerana hanya berpeluang menang di Sabah dan Sarawak 8 kerusi. Manakala PN pula kena menang 105 semuanya di Semenanjung, dengan mengambilkira GRS sebagai sekutu di Sabah.

Menjadi persoalan, boleh kah angka-angka sedemikian tercapai, jika merujuk pada senario politik semasa?

Jika berpandukan pada PRN Melaka dan Johor, dan jika pola pengundian akan kekal, dan peratusan keluar mengundi juga kekal, maka BN mempunyai potensi untuk merealisasikan jumlah kerusi yang menjadi sasaran. Akan tetapi, jika berlaku pola pengundian seperti PRU-14 dan peratusan keluar mengundi juga seperti PRU tersebut, maka kedaaan akan terbuka, tidak semestinya PH dapat mengulangi pencapaian seperti mana PRU tersebut, kerana suasana yang jauh berbeza,kerana pada PRU kali ini, sangat signifikannya pengelibatan undi kali pertama dan undi-18.

Tiada mana-mana pihak yang mempunyai penanda aras, berkaitan pola pengundian, atas sebab itu, banyak penganalisis politik mengambil jalan selamat, menjangkakan, tiada mana-mana blok parti mencapai angka keramat 112, walaupun dicampur dengan rakan sekutu daripada Sabah dan Sarawak, melainkan, untuk maksud membentuk kerajaan, maka perlu penjajaran politik yang sama sekali baharu, kemudiannya perlu sokongan daripada rakan sekutu daripada Sabah dan Sarawak untuk maksud kuasa 2/3.

Penulis berpandangan, taburan kerusi akan sangat dipengaruhi oleh Kerajaan Negeri masing-masing, atas alasan sedemikian lah, mungkin pemerhati politik tanah air, menjangkakan, tiada mana-mana blok menang majoriti mudah, atau dengan kata lain, keputusan PRU kali ini, akan menghasilkan parlimen tergantung.

Monday, November 14, 2022

PERPECAHAN UNDI MEMBERI KELEBIHAN PADA CALON-CALON GRS-BN

APAPUN muslihat parti-parti yang bertanding di Sabah, perpecahan undi memberi kelebihan pada calon-calon GRS-BN, dihampir kesemua kawasan, kecuali 3-4 kawasan, seperti Semporna, Kota Kinabalu dan Sandakan, serta Kinabatangan (hanya membabitkan dua calon).

Kerana kelebihan First Past The Post (FPTP), tiada kawasan yang tidak boleh menangi dua parti itu, termasuk Parlimen Penampang (walaupun berlaku persaingan sengit).

Berbaki 5 hari sebelum hari penentuan, nampaknya GRS-BN kekal dihadapan berbanding Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

Kelebihan calon-calon dua parti ini, kerana mewakili kerajaan negeri, sesuai dengan aspirasi rakyat negeri ini yang berkehendakan mempunyai wakil daripada pentadbiran negeri semasa untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen bagi mengukuhkan kedudukan negeri semasa perbincanga dan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Rakyat Sabah nampak menerusi kerajaan GRS-BN, hak-hak Sabah semakin terealisasi, kerana pendekatan para pemimpin yang bersungguh-sungguh, lebih memilih diam ubi berisi berbanding bersuara lantang seperti tin kosong, sepertimana pendekatan para pemimpin Parti Warisan dan PH, yang rata-rata berlagak serba tahu, serba pandai, tetapi berkesudahan semua kosong.

Kerajaan GRS-BN memerlukan suara kuat menerusi ahli-ahli parlimen, kerana pada mereka ini lah disandarkan suara rakyat Sabah di Dewan Rakyat.

Dari pengamatan penulis, walaupun GRS-BN boleh menang  22 kawasan, tetapi mungkin 2-3 akan terlepas kerana "feud" yang melibatkan para pemimpin tertentu di kawasan-kawasan tertentu.

Apapun, yang pastinya, pada 19 Novmber ini, 1.6 juta pengundi Sabah termasuk pengundi kali pertama dan undi-18 akan menentukan parti mana kah mewakili suara rakyat Sabah.

PASCA PRU-15: BAGI SABAH & SARAWAK -JANGAN AMBIL MUDAH BLOK PARTI BESAR BOLEH BERPAKAT BENTUK KERAJAAN

BAGI pemimpin Sabah dan Sarawak, jangan sangat teroja perpecahan blok parti utama di Semenanjung, sehingga melihatnya sebagai peluang, kerana dalam politik itu tiada yang tidak mungkin.

Memang betul, menjelang 19 November ini, semua blok parti menunjukkan permusuhan luarbiasa, umpama berkerat rotan berpatah arang, akan tetapi, jika TIADA parti yang mendapat majoriti mudah, tiada pilihan, melainkan paling tidak dua blok parti perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan.

Penulis melihat, blok parti yang cepat bekerjasama adalah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), walaupun sebelum ini, Umno komponen BN, dengan garang sekali membuat keputusan No Anwar, No DAP, akan tetapi, keputusan tersebut hanya terhad pada electoral pack berhadapan PRU-15, bukan pasca PRU.

Kemungkinan besar kerjasama dua parti itu, berlaku, kerana Umno melihatnya tidak menggugat parti itu daripada segi agihan kerusi, pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu serta Pulau Pinang. Berbeza dengan kerjasama dengan PN, Umno berhadapan dengan agihan kerusi, atas sebab, samada parti Pas atau Bersatu, bersandar pada kolam yang sama dengan parti itu.

Dilain pihak pula, akan berlaku kerjasama antara PH dan PN, kerana isu yang ada antara dua blok parti itu, hanya berkaitan LANGKAH SHERATON, selain daripada itu, tiada isu besar antara dua blok parti itu, walaupun parti Pas sangat alergi dengan DAP dan Amanah, tetapi semua itu dapat dirungkai,menerusi pendekatan, BERSETUJU MENERIMA PERBEZAAN, UNTUK MERAI PERSAMAAN.

AKAN tetapi, jika menggunapakai PERPADUAN UMMAH dan MUAFAKAT NASIONAL, maka kerjasama antara BN, PN, GPS DAN GRS akan berlaku.

Memang setakat ini, semua blok parti hanya fokus dengan sokongan GPS dan GRS-BN Sabah untuk mengwujudkan kerajaan stabil, atas sebab semua blok parti tersebut yakin menang 112 kerusi secara bersendirian, walaupun berbagai dapatan, tiada mana-mana blok parti boleh mencapai majoriti mudah.

Pada hakikatnya memang betul, tiada mana-mana pihak yang boleh meramalkan dengan tepat, pencapaian masing-masing, kerana senario PRU kali ini amat berbeza dengan PRN Melaka dan Johor, selain pengelibatan ramai pengundi kali pertama, juga pengelibatan undi-18.

Selain itu, berbagai isu yang menyelebungi semua parti, baik dalaman mahupun luaran, selain rekod masing-masing, kerana antara tiga blok parti itu, mempunyai rekod sendiri di mata pengundi.

Pendek kata, hanya 21 juta pengundi negara ini menentukan untung nasib setiap parti pada 19 November ini.

Apa yang pasti, visi Sabah dan Sarawak menjadi suara kuat di Parlimen boleh menjadi kenyataan,akan tetapi tidak semestinya SUARA kuat dalam KERAJAAN, jika berlaku kerjasama antara dua blok parti di Semenanjung... Fikir-Fikirkan.

PARLIMEN SUNGAI BULOH LEBIH SELAMAT BAGI KJ BERBANDING TAMPIN ATAU PORT DICKSON-TOKMAT

PARLIMEN Sungai Buloh kali terakhir dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU tahun 2004, selepas itu parlimen tersebut menjadi kawasan hitam bagi BN.

Pada PRU-14, parlimen tersebut kekal dipertahankan calon PKR dengan majoriti 26,634 undi apabila mendapat undi 43,631 mengalahkan calon PAS dan MIC/BN yang masing-masing mendapat undi 16,997 dan 16,681.

Sebagai perbandingan, Parlimen Tampin, hanya kali pertama dimenangi Pakatan Harapan (PH) melalui parti Amanah pada PRU-14, dengan majoriti 1,002 undi apabila mendapat undi 22,435 mengalahkan penyandang daripada BN yang mendapat undi 21,433.

Sementara parlimen Port Dickson, serupa dengan Parlimen Sungai Buloh, kali terakhir dimenangi BN menerusi MIC pada tahun 2004.

Parlimen Sungai Buloh dan Port Dickson secara tradisi ditandingi MIC mewakili BN.

Parlimen Tampin, 63% pengundi adalah kaum melayu, manakala Port Dickson dan Sungai Buloh pengundi melayu masing-masing 43% dan 66%.

Jika dilihat daripada segi peratusan pengundi melayu, memang betul, apa yang dikatakan Timbalan Presiden Umno- Datuk Seri Mohamad Hassan (TOKMAT), bahawa Parlimen Sungai Buloh lebih selamat berbanding Parlimen Tampin dan Port Dickson.

Sebagai tambahan, rasional meletakkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) di parlimen tersebut, kerana sekian lama, pengundi parlimen tersebut berkehendakkan calon melayu daripada BN, bukan calon melayu daripada parti-parti lain, sebabnya, PKR dan PAS pernah meletakkan calon melayu akan tetapi gagal merampas parlimen tersebut.

Mengikut rasional TOKMAT, jika BN meletakkan calon melayu, maka boleh merampas parlimen tersebut daripada PH/PKR yang kekal meletakan calon kaum India, kerana terbukti, apabila parti itu meletakkan calon daripada kaum itu melawan calon BN daripada kaum yang sama, maka pemenang adalah calon PKR.

Pada PRU kali ini, daripada 7 calon yang bertanding, hanya calon PH/PKR daripada kaum india, manakala yang lain semuanya calon melayu, termasuk calon bebas.

Parlimen Sungai Buloh salah satu kawasan parlimen teramai pengundi,kerana pada PRU kali ini, seramai 160,000 berbanding PRU-14, 90,707 pengundi akan menentukan nasib KJ.

Sunday, November 13, 2022

PASTIKAN GRS-BN SEBAHAGIAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PASTIKAN GRS-BN dapat menyumbang sebanyak mungkin kerusi pada parti yang boleh membentuk kerajaan Persekutuan pada 20 November ini.

Dua parti itu yang bertanding seluruh kawasan parlimen yang tersedia bagi Wilayah Sabah, bertembung dengan Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH). Antara dua parti saingan tersebut, hanya PH yang ada potensi membentuk kerajaan, manakala Warisan, sangat bergantung pada giliran, apa kah diperlukan ataupun tidak, atas sebab, parti itu tiada kemungkinan boleh membentuk kerajaan, kerana tidak mempunyai kerusi yang mencukupi.

Pada hakikatnya, kehadiran Parti Warisan, hanya mempergunakan rakyat, sebagai barang dagangan, kerana kerusi yang mereka menangi akan dijadikan alat tawar menawar untuk mendapatkan habuan kedudukan atau inkind, untuk kepentingan para pemimpin mereka, bukan untuk kepentingan rakyat.

Berbeza dengan GRS-BN yang mempunyai jambatan kukuh dengan blok parti yang mempunyai potensi besar membentuk Kerajaan Persekutuan, tidak perlu menunggu giliran, kerana merupakan sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan.

Rakyat Sabah perlu menyokong calon-calon GRS-BN, kerana para calon tersebut mewakili Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan GRS-BN.

Ada lah merugikan rakyat, jika memberi undi pada parti-parti lain yang berlawanan dengan parti yang memerintah negeri, kerana jika ianya berlaku, maka suara rakyat Sabah akan terbantut di peringkat nasional, kerana tidak mewakili kerajaan negeri.

Sabah memerlukan satu suara, samada di peringkat Negeri dan Persekutuan, untuk memastikan visi #sabahfirst SENTIASA menjadi keutamaan.

Percaya lah politik Sabah akan dipandang tinggi, jika menjadi blok kuat, yang diterjemahkan menerusi kerusi yang banyak di Dewan Rakyat.

Penulis berpandangan, dengan memberi kemenangan pada calon-calon GRS-BN, hak-hak Sabah, samada menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), juga hak-hak lain, bukan sahaja direalisasikan, akan tetapi terus menuntut apa yang belum dilaksanakan.

Tersangat jelas, apabila rakyat Sabah memberi mandat pada GRS-BN pada PRN-16 Sabah September 2020, rakyat Sabah bukan sahaja terbela, akan tetapi hak-hak Sabah daripada Kerajaan Persekutuan, terus mengalir masuk, dan akan berterusan, jika GRS-BN terus kekal sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan pada 20 November nanti.

Pada rakyat Sabah, jangan sesekali sia-siakan peluang, jangan terpengaruh dengan suara-suara sumbang, termasuk janji-janji bulan bintang, untuk menghindar, YANG DIGENDONG BERCICIRAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT.

BLOK-BLOK PARTI MASING-MASING YAKIN MENCAPAI SASARAN 112 KERUSI

APABILA semua blok parti politik yakin mencapai sasaran 112 kerusi daripada 222, menunjukkan, TIADA mana-mana pihak mendapat clue signifikan ke arah mana 21 juta pengundi negara ini memberikan undi mereka.

Walaupun masing-masing parti berkeyakinan mencapai majoriti mudah, akan tetapi kenyataan-kenyataan, bahawa masing-masing juga terbuka kerjasama dengan parti-parti lain untuk bekerjasama selepas PRU ini, menggambarkan, bahawa angka 112, sukar untuk dicapai secara bersendirian.

Meskipun ada kesanggupan bekerjasama, pada masa sama, masing-masing blok cuba mengasingkan diri masing-masing, dengan kenyataan-kenyataan tiada kerjasama rentas parti, matlamatnya, untuk meletakkan pengundi pada kedudukan, mesti menyokong parti mereka, jika pengundi tidak mahu parti lain berpeluang membentuk kerajaan.

Contoh paling ketara, Barisan Nasional (BN) yakin menang 112 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi, dan mahu sokongan GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan yang kuat. Manakala PH yakin secara solo menang, dan jika parti lain ingin menyokong untuk tujuan kerajaan kuat dan stabil, maka dialu-alukan. Demikian juga PN, berkeyakinan mendapat 112 kerusi, dan seterusnya kerjasama dengan Sabah dan Sarawak secana enblok, untuk mengwujudkan kerajaan kuat dan stabil, bagi 3 Wilayah.

Di lain pihak timbul kemungkinan, akan ada kerjasama antara dua blok parti besar, dan hanya memerlukan GPS dan GRS untuk tujuan kuasa 2/3.

Cakap-cakap no parti ini, no pemimpin ini, hanya cakap-cakap politik, semua itu, dengan sendirinya terbatal, apabila bersepakat, untuk satu tujuan. Apabila bersepakat untuk satu matlamat, bukan sahaja ludah akan tetapi kahak sendiri juga akan ditelan.

PRU kali ini,memang cukup mencabar dan sukar diduga atau dijangka, kerana semakin berpecahnya undi, selain kehadiran undi pertama kali yang signifikan ramainya.

Memang ada kajian-kajian, yang mengatakan, di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu di atas 70%, jika hanya jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti mana PRU-14, akan memberi kelebihan pada parti Pas dan sekutunya, kerana bersandarkan pada kecenderungan swing votes daripada PH dan BN ke arah parti itu. Kajian seperti itu juga membawa erti, jika peratusan keluar mengundi rendah, maka dengan sendirinya pengundi tradsional atau matang menjadi penentu.

Kebarangkanlian, peratusan keluar mengundi rendah, kerana ancaman hujan atau banjir, kerana METMALAYISA, sudah mengeluarkan jangkaan, akan berlaku hujan lebat boleh menyebabkan banjir mulai minggu depan sehingga ke hari pengundian.

Saturday, November 12, 2022

MUSA TURUN BERKEMPEN BANTU CALON GRS-BN

AHLI politik bagaimanapun berehatnya, pasti terpanggil menyertai aktiviti politik, seperti pilihan raya.

Tan Sri Musa Aman (kanan Datuk Rahman) turun berkempen di Parlimen Kota Belud, selain membantu calon GRS-BN di parlimen tersebut, akan tetapi menghantar mesej pada rakyat Sabah, untuk menyokong calon-calon parti itu.

GRS-BN bertembung berbagai penjuru dengan Parti Warisan, Pakatan Harapan dan parti—parti kecil, selain calon-calon bebas.

Bagi parlimen Kota Belud, hanya berlaku pertembungan tiga penjuru, yang membabitkan penyandang kerusi parlimen tersebut daripada parti Warisan, selain GRS-BN yang diwakili Datuk Rahman Dahalan dan calon daripada Pakatan Harapan.

Kehadiran Musa di Kota Belud, bukan sahaja merungkai kecelaruan ramai pengundi di kawasan tersebut berkaitan calon GRS-BN, akan tetapi memberi tahu pengundi parlimen tersebut, bahawa calon GRS-BN adalah “Timbalan Perdana Menteri material”.

Sejak tahun 2018, pada kali ini lah, mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut turun berkempen di Kota belud.

Di lihat pada sambutan dan reaksi pengundi parlimen tersebut, pada PRU kali ini, parlimen Kota Belud akan kembali semula ke pangkuan Barisan Nasional (BN), selain impak para pemimpin yang turut berkempen, juga kesan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengundi melihat calon GRS-BN adalah calon kerajaan negeri, iaitu kerajaan GRS-BN.

Friday, November 11, 2022

PRU-15: AKAN ADA PARTI KAH MENANG MAJORITI MUDAH?

HANYA ditangan 21 juta pengundi negara menentukan, akan ada kah parti menang majoriti mudah?

Dalam mana-mana pilihan raya, sudah tentu bersandar pada kecenderungan terkini rakyat untuk menjangkakan parti mana bakal disokong.

Jika bersandarkan pada pengundi tradsional dan matang, rekod terakhir adalah PRN Melaka dan Johor.

Berasaskan keputusan pada dua PRN tersebut, kesan pertembungan berbagai penjuru, parti yang teramai ahli dan mempunyai penyokong tegar/tetap, selain kesan sistem First Past The Post, keluar sebagai pemenang.

Persoalannya, apa kah pada PRU ke-15 ini, trend serupa berlaku? Jika menurut berbagai laporan dan kajian rambang berbagai pihak, walaupun pola pengundian akan serupa, akan tetapi nisbahnya akan berbeza, kerana kesan peratusan pengundi yang keluar mengundi lebih tinggi berbanding dua PRN tersebut.

Apabila peratusan keluar mengundi tinggi, maka semakin ramai pengundi pasif atau atas pagar turut sama menunaikan tanggungjawab.

Pengundi pasif atau atas pagar, adalah punca tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. Mengapa dikatakan menjadi punca? Sebabnya, pada PRN Johor misalnya, dengan jumlah pengundi yang sama yang mengundi BN pada PRU-14, akan tetapi parti itu kalah teruk, dengan jumlah pengundi yang juga, BN bukan sahaja menang, akan tetapi kemenangan 2/3 kerusi.

Benar, apapun peratusan pengundi keluar mengundi, kesan pertembungan berbagai penjuru, dengan pola pengundian yang hampir sama, akan memberi kelebihan pada parti yang mempunyai ramai ahli dan penyokong tetap/tegar, atas sebab mendapat kelebihan pada perpecahan undi. Ertinya, dalam senario berbagai parti berlawan, parti atau calon yang bakal keluar sebagai pemenang, sangat bergantung sejauh mana besarnya perpecahan undi tersebut.

Mungkin kerana kesan perpecahan undi, maka BN mengunjurkan 112 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi, dengan pecahan, menang 103 kerusi di Semenanjung daripada 165 kerusi, dan menang 9 kerusi di Sabah termasuk WP Labuan. PRU kali ini, BN tidak meletakkan calon di Sarawak yang mempunyai 31 kawasan parlimen.

Unjuran 103 kerusi di Semenanjung, adalah unjuran sangat optimistik, kerana tiada rekod, bahawa parti itu pernah menang sejumlah kerusi tersebut sejak GE-12. Pencapaian parti itu pada GE-12 adalah 86 kerusi; GE-13- 85 kerusi dan GE-14 -49 kerusi. Sasaran 103, ertinya lonjakkan 54 kerusi di Semenanjung!!!.

Adat resam setiap pilihan raya, mana-mana parti mahu menang, jika tidak, tidak akan menyertai pilihan raya. Atas asas sedemikinlah, maka akan membuat unjuran, selain menguatkan semangat juga sebagai perang persepsi, akan tetapi penulis yakin semua juga, telah mengukur baju dibadan sendiri.

PRU kali ini, kekal melibatkan parti yang sama pemimpin yang sama, walaupun dengan kombinasi parti yang berbeza, mengharapkan keputusan yang berbeza. Kerana senario ini, menyebabkan rakyat dilema atau ada yang keliru, yang boleh menyebabkan, tiada parti yang boleh menang dengan majoriti mudah.

Apabila tiada parti yang menang majoriti mudah, maka, untuk tujuan membentuk kerajaan, maka terpaksa berlaku penjajaran politik yang sama sekali baharu. Akan bagai mana kah penjajaran baharu tersebut?, sama-sama kita nantikan pada 20 November ini, kerana hari penentuan adalah pada 19 November.

Thursday, November 10, 2022

PRU PARLIMEN SABAH: STATUS KEDUDUKAN MASING-MASING PARTI HARI KE-6 KEMPEN

 

PENULIS hanya berpandukan pada para STRINGER, kerana kali ini lah tidak dilibatkan secara langsung oleh mana-mana parti dalam pilihan raya.

Penulis hanya bergantung, update di media-media sosial, baik oleh jentera berbagai parti, selain sumber lapangan daripada jurukempen.

Jika pengamanatan mereka silap, maka silap lah telahaan penulis.

Memasuki hari ke-6, kempen, selepas menganalisis berbagai informasi yang diterima, penulis membuat STATUS masing-masing parti yang terlibat.

Nampaknya setakat ini, GRS/BN masih dihadapan dengan keboleh menangan tinggi di 12 kawasan, mankala Warisan dan PH masing-masing satu. 11 kawasan lain masih berstatus 50/50.

DILEMA PENGUNDI PARLIMEN KOTA BELUD- SUKA GRS/BN TIDAK SUKA CALONNYA

Datuk Salleh Membantu Kempen
SEJAUH mana 79,668 pengundi Parlimen Kota Belud menunaikan hak mereka pada 19 Novmber ini?

Memasuki hari ke-6 kempen pada PRU ke-15 ini, di Parlimen Kota Belud dua parti neck to neck, iaitu GRS/BN dan Parti Warisan, tetapi isunya berbeza, pengundi suka pada parti GRS/BN dan calon Parti Warisan.

Sejauh mana pengundi menyokong parti atau calon akan menjadi penentu, siapa yang bakal muncul sebagai pemenang.

Keunikan pengundi Sabah cukup luar biasa, jika mereka suka seseorang calon, mereka memejam mata, semasa mengundi, kerana tidak sanggup kehilangan calon yang disukai.

Munirah, calon Parti Warisan, memang bukan lah asing bagi pengundi Kota Belud, walaupun tidak banyak membawa kemajuan selama 5 tahun, akan tetapi pendekatan merakyat yang dipilih, menyebabkan pengundi merasa dekat. Berbeza dengan Datuk Rahman yang banyak membawa kemajuan, akan tetapi style kepimpinan yang mengamalkan jurang.

Semasa kempen ini, memang calon Parti Warisan itu, hanya bergantung sokongan pemimpin akar umbi yang tidak bernama, jauh berbeza dengan Rahman yang mendapat sokongan luarbiasa daripada para pemimpin bukan sahaja ada nama, akan tetapi kedudukan.

Sejauh mana pengundi parlimen Kota Belud menterjemahkan sokongan mereka? Apa kah memberi undi pada Datuk Rahman, kerana calon tersebut, adalah calon kerajaan GRS-BN? Atau kah pertimbangan lain, dengan menyokong Munirah, hanya takut kehilangan wakil rakyat yang mesra rakyat? Walaupun tiada kemampuan membawa kemajuan dan pembangunan? Isu ini lah yang menjadi persoalan, dan tiada siapa yang dapat meramalkannya.

Pun demikian, pengelibatan Datuk Salleh dan pemimpin GRS/BN seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Japlin Akim, Datuk Arshad dan Datuk Fairuz boleh mengubah pendirian rakyat, untuk memberi undi pada Rahman untuk sekali lagi dipilih kali ke-3 mewakili Parlimen Kota Belud.

Penulis menjangkakan meskipun berlaku persiangan sengit antara Rahman dan Munirah, Rahman akan berjaya merampas kerusi tersebut.

BN SASAR MAJORITI BENTUK KERAJAAN BUKAN BERGABUNG

KECUALI pada PRU-11, BN ( tidak termasuk kerusi negeri Sarawak), pernah menang majoriti, dan gagal pada 3 PRU berikutnya, dan yang terburuk adalah pada PRU lalu, apabila menang 57 kerusi, 48 kerusi di Semenanjung.

Pada PRU kali ini, BN Semenanjung perlu menang minimum 103 kerusi dan Sabah 9 kerusi untuk mencapai sasaran.

Setiausaha Agung parti itu- Datuk Ahmad Maslan, dalam satu temuramah baru-baru ini, begitu yakin daripada 178 kawasan parlimen yang ditandingi parti itu, sekurang-kurangnya 112 boleh dimenangi.

Sasaran BN tersebut, menunjukkan, bahawa pada PRU kali ini, kekuatan parti itu lebih kuat berbanding PRU-PRU lalu, walaupun berhadapan dengan parti-parti yang sama.

Memang betul, senario PRU kali ini amat berbeza dengan PRU-PRU lalu kerana pada PRU kali ini pengelibatan julung kali Undi-18, selain ramainya pengundi automatik, yang dikategorikan sebagai undi kali pertama.

Mungkin andaian pemimpin Umno itu, sesuatu keadaan yang berbeza tentunya menghasilkan keputusan yang berbeza, tanpa mengambilkira, keputusan yang berbeza juga parti-parti lain juga ada peluang yang sama.

Tidak salah pemimpin Umno/BN berpandukan pada keputusan PRN Melaka dan Johor, tetapi, antara PRN dan PRU senarionya amat berbeza. PRU memilih Kerajaan Persekutuan, manakala PRN hanya untuk negeri.

Penulis tidak pasti atas asas apa, pemimpin Umno/BN mempunyai keyakinan bahawa parti itu lebih kuat berbanding lalu-lalu, sedangkan pada masa ini, parti itu bergelomang dengan berbagai isu negatif yang melibatkan pemimpin utama parti itu.

Melihat keyakinan Umno/BN itu hanya bersandar pada era 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji-janji yang melibatkan kehidupan harian rakyat, walaupun telah berjaya menunaikan janji berkaitan isu-isu besar membawa pemimpin rasuah ke muka pengadilan.

Kerana mungkin kerajaan PH berjaya membawa para pemimpin ke muka pengadilan, dan kebetulan mereka itu pemimpin utama Umno, maka rakyat bertukar menyokong Umno/BN, kerana “marah” mengapa pemimpin-pemimpin itu didakwa, dan dijatuhi hukuman? Benar kah demikian?

Rakyat yang membuat keputusan menumbangkan Umno/BN adalah pengundi atas pagar, bukannya pengundi tegar Umno/BN.

Jika pada PRU kali ini, pengundi yang keluar mengundi adalah penyokong tegar parti itu, seperti mana berlaku pada PRN Melaka dan Johor, keyakinan Ahmad Maslan itu ada kebenarnya, kerana di dua PRN tersebut, jumlah undi Umno/BN hampir serupa dengan undi yang diperolehi semasa kalah teruk pada PRU-14.

Persoalannya, apa kah trend pengundian akan kekal? Sedangkan berbagai dapatan dan laporan, pada PRU kali ini, walaupun diadakan di musim tengkujuh, akan tetapi diramalkan peratusan yang keluar mengundi mendekati peratusan PRU-14.

Umno/BN tidak mudah menembusi kawasan bandar dan spara bandar (mungkin pengecualian di Parlimen Sungai Buloh, kerana faktor KJ), demikian juga kawasan luar bandar, kerana terpaksa berhadapan dengan jentera Parti Pas dalam Perikatan Nasional (PN), selain populariti Tan Sri Muhiyiddin Yassin di kalangan pengundi kaum melayu.

Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, diyakini bakal dikuasai PN, malah Pahang, adalah kawasan “On The Way” dikuasai parti itu, apabila Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man- Timbalan Presiden Pas bakal dilantik sebagai Menteri Besar, jika negeri itu ditawan PN.

Persoalan pokoknya, daripada 165 kawasan parlimen di Semenanjung, bagai mana Umno/BN mempunyai keyakinan boleh menang 103 kerusi? Sedangkan rekod pencapaian parti itu terus menurun sejak PRU-12!!! Apa kah pada PRU kali ini menawan negeri-negeri yang mempunyai banyak kerusi seperti Johor, Selangor dan Perak, seperti mana PRU-11?, kerana kesan tumbangnya Umno/BN pada PRU-14, maka pengundi Semenanjung, “mengila” untuk mengembalikan kuasa pada Umno/BN!!!! Benar kah demikian???? Sama-sama kita tunggu 19 November ini, apa keputusan 21juta pengundi negara ini.

Wednesday, November 09, 2022

SASARAN BN 112 KERUSI PARLIMEN-REALISTIK KAH?

HANYA pada GE-11, BN (tidak termasuk kerusi Sarawak) pernah menang kerusi melebihi 112, selepas itu, tidak pernah lagi. Pada GE12 dan GE13, sama banyak, iaitu 101, manakala pada GE14, hanya 57.

Lonjakan sebanyak 112 meningkat sebanyak 55 kerusi berbanding PRU-14, ada lah sasaran luarbiasa, apa tah lagi BN Sabah hanya bertanding 12 kerusi, tidak lagi 26 kerusi.

Kebarangkalian BN Sabah termasuk WP Labuan akan menyumbang 9 kerusi, mengulangi keputusan PRU-14. Dengan demikian, BN Semenanjung perlu menang 103 kerusi, satu angka yang cukup besar, malah melebihi pencapaian GE 12 dan GE13.

Pertanyaannya pada GE-15 ini, datang daripada mana tambahan kerusi-kerusi tersebut, sedangkan di Semenanjung pada GE12, G13 dan GE14, parti itu masing masing-masing menang 86,85 dan 48 kerusi.

Dalam senario politik semasa, cukup sukar bagi BN Semenanjung melepasi angka 80. Ertinya sasaran parti itu boleh menang di atas 100 kerusi, bukan sahaja sasaran yang tidak realistik, akan tetapi tidak disokong kecenderungan pengundi.

Mungkin parti itu bersandar pada PRN Melaka dan Johor, maka mengunjurkan sesuatu angka yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2003.

Apa kah gelombang sokongan pada BN, melonjak ekoran kekalahan pada GE-14, seperti mana berlaku semasa GE-11, apabila pengundi berpesta, kerana pengunduran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri?

Dengan berbagai skandal, isu negatif berkaitan parti itu, termasuk para pemimpin utama, kerananya maka pengundi berpesta untuk menyokongnya?

Mungkin sesetengah pemimpin terutama Umno, tidak terfikir mood rakyat, fikiran rakyat, keputusan rakyat, penilaian rakyat, berkaitan kedudukan parti itu.

Jika hanya bersandarkan karenah yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), termasuk menyiasat para pemimpin utama Umno, kemudiannya ada yang dipenjarakan, kerana terkait rasuah, salahgunakuasa, maka rakyat terus berbondong-bondong menyokong Umno/BN?, sehinggakan mengunjurkan satu jumlah kerusi yang boleh dimenangi dengan peningkatan luarbiasa, sedangkan masih berlawan dengan parti yang sama!!!.

Tidak terfikir kah Umno/BN, bahawa Perikatan Nasional (PN) merupakan pesaing utama di kerusi-kerusi majoriti melayu, malah mempunyai kecenderungan sokongan yang terus menaik dari sehari ke sehari.

Bagi penulis, tidak salah mempunyai keyakinan, akan tetapi keyakinan juga perlu mengukur baju dibadan sendiri. Fikir-Fikirkan.

UNIKNYA PARLIMEN BELURAN

MANA-MANA calon yang bertindak menongkah arus, semata-mata untuk menjawab desakan rakyat di mana calon itu bertanding. Mengalah, bererti menolak tanggungjawab.

Di Sabah bukan lah pelik, seseorang calon yang dikehendaki di kawasan masing-masing, bertanding calon bebas pun boleh menang. Demikian juga, berlaku sebaliknya, jika calon tidak dikehendaki pengundi dikawasan di mana dia bertanding, guna nama parti besarpun boleh kalah.

Pada PRU ke-15 ini di Sabah kerjasama antara GRS-BN yang bertujuan untuk menang sebanyak mungkin kerusi, tercacat sedikit, walaupun antara parti utama dalam blok itu saling bertolak ansur, saling mengalah, saling berkompromi, untuk mencapai keputusan menang-menang, akan tetapi KAWASAN UNIK Beluran, menjadikan kerjasama antara dua parti itu semakin unik.

Sebelum agihan kerusi dimuktamadkan antara dua parti itu, menang banyak diperkatakan, bahawa Kerusi Beluran, bakal berlaku “Friendly Contest”, atas sebab berkedudukan UNIK. Unik bagi Umno Sabah, kerana kawasan tersebut satu-satunya kawasan membezakan antara Umno Sabah dan Semenanjung. Unik bagi Bersatu Sabah,kerana penyandang adalah Naib Presiden.

Penulis yakin, antara Umno dan Bersatu, memahami keunikan kawasan Parlimen Beluran.

Terpulang pada 44,523 pengundi parlimen tersebut untuk menentukan calon mana yang mereka sokong pada 19 November ini.

Blog Archive