Monday, April 04, 2022

APA ITU INFLASI?

MEREKA yang mengaji ilmu ekonomi, istilah inflasi ibarat makanan ruji.

Istilah itu mewakili hubungan antara nilai wang dan harga barang. Jika nilai wang tetap, sebarang perubahan harga barang, akan mempengaruhi jumlah barang yang dibeli.

Dikatakan berlaku inflasi, apabila nilai wang yang sama, dapat beli barang yang sama tetapi dengan kuantiti yang sedikit.

5 tahun lalu, pada bazar Ramadhan, kuih linggang dijual 5 biji seringgit. Hari ini, ukuran dan siaz yang sama, dijual 2 biji seringgit. Ertinya inflasi sudah berlaku.

5 tahun lalu, sekeluarga 5 anggota, wang seringgit, setiap seorang dapat makan sebiji kuih linggang masa berbuka puasa. Pada hari ini, keluarga yang sama, memerlukan RM2.50 agar setiap anggota keluarga dapat menikmati sebiji kuih linggang. Dalam situasi ini, keluarga yang sama memerlukan tambahan pendapatan RM1.50. isunya, apa kah ada tambahan pendapatan? Kerana tiadanya tambahan pendapatan, maka status keluarga ini berubah, apa yang diistilahkan oleh kerajaan, keluarga B40, bertukar pada keluarga miskin.

Senario di atas adalah gambaran sebenar, kerana impak inflasi, dan menjadi faktor utama, mengapa terdapatnya rakyat miskin.

Dalam situasi demikian apa yang boleh dilakukan? Kawal harga? Tidak efektif, kerana punca pasar gelap. Ramuan mujarab adalah membuka sebanyak mungkin peluang pekerajaan dan aktiviti ekonomi, supaya rakyat mendapat pekerajaan dan pendapatan, untuk mengimbangi INFLASI.

Mungkin kerana di bandar, peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi tinggi, maka tidak pelik, meskipun harga barang meningkat, tetapi pasar-pasar atau bazar tidak lenggang. Selain itu, sebahagian besar mereka yang bergaji tetap, terutama sektor awam, tertumpu di bandar-bandar utama. Dengan keadaan demikian, walaupun inflasi benar-benar berlaku, tetapi “tidak terasa” sangat.

Memang diakui, belum terdapatnya rakyat kelaparan, kerana rata-rata masih boleh makan malam dan siang. Selain itu, bantuan tunai kerajaan yang bermula sejak tahun 2009 dan beterusan sehingga kini, sedikit sebanyak mengisi dompet ketua keluarga, dan kini termasuk juga mereka yang bujang.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa pertama sebesar RM300, bagi ketua keluarga berpendapatan di bawah RM2500, setidaknya dapat membeli 20kg beras, 2kg gula, tidak dapat membeli minyak bersubsidi (paket), kerana tiada di pasaran dan lain-lain untuk keperluan antara 2 minggu hingga sebulan. Akan tetapi, tidak dapat ikut memeriahkan bazar ramadhan, seperti mana rakyat lain yang terlihat pada gambar di Bazar Ramadhan Asia City, Kota Kinabalu, hari pertama berpuasa.

No comments:

Blog Archive